Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Zamri Baba Dipindahkan Ke...

KUALA LUMPUR - Pelumba SuperSports 600cc negara, Muhammad Zamri Baba, yang cedera parah...

Buruh Dipenjara 2 Bulan,...

KUALA LUMPUR - Akibat menceroboh masuk ke dalam sebuah surau di sini, Ahad...

Mahkamah Tangguh Bicara Saman...

GEORGETOWN - Perbicaraan kes saman Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul...

10 PPS Dibuka Di...

SUNGAI PETANI - Sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tiga daerah...

Tinggalkan Kerusi Roda Demi Menari Dengan Isteri

TARIAN ini mungkin menjadi salah satu tarian majlis perkahwinan paling menyentuh hati yang pernah anda lihat dan ia tidak melibatkan koreografi rumit.

Sebuah video menunjukkan seorang pengantin lelaki berkerusi roda yang dibantu oleh dua rakan pengiringnya supaya dia dapat menari dengan isterinya tular dan membuatkan ramai tersentuh hati.

Demi melihat pasangan pengantin gembira, kedua-dua pengiringnya sanggup mengikat kaki mereka di kaki pengantin lelaki, memapahnya dan kemudian membantunya menari bersama pengantin perempuan ketika lagu Sam Smith ‘Make It To Me’ dimainkan.

Sambil menari, kedua-dua pengantin menatap wajah masing-masing dengan penuh kasih sayang selepas bergelar pasangan suami isteri.

Tetamu di majlis itu juga dilihat bersorak melihat adegan tersebut.


Klip itu dimuat naik oleh @ortizanita6 di TikTok dan telah membuatkan ramai yang ‘cair’ melihatnya. -MetroUK

Kategori