Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jumlah Kes Ragut Di...

KOTA BHARU - Jumlah kes ragut di Kelantan mencatat peningkatan tahun ini apabila...

Melaka Sedia Arah Tutup...

MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka bersedia mengarahkan penutupan mana-mana sekolah di negeri ini...

Pembangunan Bandar Malaysia Tidak...

PUTRAJAYA - Pembatalan perjanjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia tidak mengugat rancangan jangka...

Kawalan Ketat Konsert Ariana...

HONG KONG - Polis menempatkan rama anggota termasuk dari pasukan antikeganasan di konsert...

Tinggal Beberapa Jam 2019, Analisis Video Semburit Belum Diumum

KUALA LUMPUR – Tinggal beberapa jam lagi 31 Disember 2019 akan berakhir tetapi setakat ini keputusan analisis video semburit yang didakwa membabitkan seorang menteri kanan masih belum diketahui.

Sedangkan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed telah memaklumkan video yang dihantar kepada sebuah universiti di Amerika Syarikat yang tidak diketahui namanya untuk dianalisis bagi mengenal pasti ketulenan video dan identiti dua lelaki dalam rakaman tersebut akan diumumkan menjelang akhir tahun ini.

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Chan Quin Er berkata, jika keputusan analisis itu belum diperoleh pada akhir tahun ini, pengumuman mengenai penangguhan perlu dibuat dan bukan senyap begitu sahaja.

“Adakah PDRM akan mengumumkan dapatan analisis video berkenaan hari ini?

“Adakah nama menteri berkenaan akan dibersihkan atau adalah kami akan melihat beliau didakwa di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan? Atau mungkin Seksyen 377A adalah satu kesalahan yang PDRM tidak lagi memandangnya secara serius?” soalnya.

Video itu dihantar untuk dianalisis selepas Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, Cybersecurity Malaysia yang menganalisis video berkenaan gagal mengenal pasti lelaki dalam video itu meskipun video berkenaan tulen. – MalaysiaGazette

Kategori