Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

UMK Universiti Pertama Pemangkin...

BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencatat sejarah tersendiri pada hari ini selepas...

Tuntut Hadiah Loteri Jutaan...

KINGSTON - Seorang pemenang loteri memilih untuk berpakaian putih, bersarung tangan hitam dan...

8 Perkara Yang Sering...

1. SelfieLepas bangun tidur selfie, selepas gosok gigi pun selfie, lihat saja di...

Red Bull Langgar Had...

LONDON – Persekutuan Automotif Antarabangsa (FIA) mengesahkan pasukan Red Bull didapati bersalah selepas...

Tindakan Pahang Tolak AFC Beri Tanggapan Buruk

JOHOR BAHRU – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan tindakan Pahang menarik diri daripada mewakili Kedah ke perlawanan Piala Konfederasi Asia (AFC) tahun hadapan seolah-olah memberi tanggapan buruk kepada industri bola sepak tempatan.

“Kalau memang alasan tidak ada duit, bukankah AFC ada memberikan setiap pasukan yang bertanding peruntukan? Kalau awak (Pahang) sudah menolak tawaran untuk bermain di peringkat antarabangsa, apa gunanya awak memiliki lesen AFC tetapi tidak mahu bermain?

“Apabila anda menolak untuk bermain, ia memperlihatkan seolah-olah pertandingan tertinggi peringkat antarabangsa itu tidak penting, anda lebih rela jadi jaguh kampung daripada bermain di peringkat antarabangsa dan menaikkan nama dan mutu industri bola sepak tempatan,” tegas Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu.

Menurutnya, tindakan Pahang tersebut juga dilihat tidak berfikiran panjang terutamanya dalam usaha menarik penaja dan memberikan peluang kepada pemain untuk memperoleh pengalaman bermain di gelanggang lebih tinggi.

Tambahnya, FAM akan mengadakan perbincangan dengan Pahang dalam masa terdekat dan sekiranya pasukan berkenaan masih berdegil, mereka bakal berdepan dengan Jawatankuasa Tatatertib FAM, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Isnin lalu, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) mengumumkan keputusan untuk menolak dari menyertai Piala AFC 2018 bagi memberi sepenuh perhatian kepada liga domestik.

Pemilihan Pahang adalah susulan kegagalan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) melepasi syarat pelesenan yang ditetapkan AFC.

Sebelum ini, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam kenyataan bersama Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) berkata keputusan tersebut dibuat selepas KFA gagal mengemukakan penyata kewangan beraudit.

Sementara itu, mengulas mengenai kemerosotan ranking pasukan negara yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Tunku Ismail membidas tindakan sesetengah penyokong, media dan individu tertentu yang mengkritik tanpa asas usaha persatuan tersebut mengembalikan kegemilangan bola sepak negara.


Katanya, tidak akan sesekali tunduk dengan desakan dan kritikan golongan tersebut yang mempunyai agenda tersendiri untuk melihat beliau meletakkan jawatan sebagai presiden sekali gus mematahkan usaha persatuan.

Menurutnya, adalah tidak adil sekiranya usahanya membangunkan industri bola sepak negara terus-terusan dinilai dan dihentam sedangkan beliau hanya memegang tanggungjawab kerusi No. 1 FAM tidak sampai setahun.

Kalau nak nilai pencapaian Harimau Malaya sepatutnya dilakukan pada 10 tahun lalu sebab saya datang ke sini (FAM) untuk memperbaiki FAM. Hari ini saya bekerja untuk memastikan setiap pasukan mendapat hak penyiaran berjumlah RM3 hingga RM4 juta bermula tahun hadapan yang kita jangka akan terus meningkat.

Tunku Ismail meminta masa untuk membentuk formula kemenangan kepada pasukan kebangsaan yang sebelum ini dilihat tidak ada langsung dimiliki oleh pasukan berkenaan.

Dalam ranking yang dikeluarkan FIFA hari ini, skuad Harimau Malaya menghuni tangga ke-174, sekali gus mengulangi rekod terburuk yang dicapai pada April tahun lepas. – BERNAMA

Kategori