Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bajet 2023: GTA Teruskan...

SHAH ALAM - Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad...

Akujanji Kerajaan BN Capai...

KUALA LUMPUR - Akujanji Kerajaan Barisan Nasional yang dibuat kepada rakyat pada pilihan...

Tunisia Lancar Radio LGBT...

TUNIS - Selepas berjaya di Indonesia apabila mahkamah perlembagaan membenarkan amalan zina di...

Datuk Seri Lemas, Sampan...

KUANTAN - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri ditemukan lemas, manakala anak saudaranya...

Tin Biskut ‘Selamatkan’ Nyawa Nelayan

KOTA TINGGI – Berpantang maut sebelum ajal. Itu terjadi kepada seorang nelayan yang terpaksa berpaut pada tin biskut selama lebih 15 jam di laut semasa menangkap ikan di perairan Tanjung Sedili dekat sini pada jam 5 petang kelmarin.

Mangsa, Ayub Musa, 35, ditemukan pada jam 8.35 pagi semalam selepas orang awam menemuinya dalam keadaan lemah sedang berpaut pada tin biskut sebelum memohon bantuan di pusat operasi Zon Maritim Tanjung Sedili.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, bot ronda Maritim yang sedang melaksanakan operasi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan di laut ke lokasi kejadian dan menemukan mangsa pada kedudukan tiga batu nautika timur Sedili.

“Mangsa kemudiannya dibawa Maritim Malaysia ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili dan seterusnya ke klinik kesihatan terdekat bagi mendapatkan rawatan awal.

“Nelayan berkenaan sebelum ini dikatakan terjatuh ke dalam laut semasa menaiki bot dan kejadian tersebut disedari rakan sekerjanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengambil ikhtibar daripada kejadian tersebut, Aminuddin menasihatkan nelayan tempatan dan masyarakat Maritim di negeri ini supaya berhati-hati semasa wabak koronavirus (Covid-19) melanda ketika ini.


Beliau mahu mereka menjaga kebersihan diri dengan sentiasa mencuci tangan, memakai topeng muka, menggunakan cecair pembasmi kuman serta membuat persediaan yang wajar untuk ke laut dan sebagainya sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurut Aminuddin, pemantauan berterusan pihaknya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada Rabu lalu menunjukkan berlaku penurunan aktiviti di laut terutama di perairan Johor timur apabila hanya aktiviti perkapalan komersil dan penangkapan ikan nelayan berlesen sahaja dibenarkan.

“Segala aktiviti bersifat rekreasi termasuk memancing atau sport fishing adalah dilarang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.

Katanya, langkah itu bertujuan memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksana dengan baik bukan sahaja di darat tetapi di laut. – Sinar Harian

Kategori