Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Media Diminta Jangan Desak...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini...

Wanita 54 Tahun Meninggal...

DUNGUN - Seorang wanita tidak sempat mengundi apabila dia meninggal dunia ketika sedang...

Gagal Acara Pecut, Tumpuan...

KUALA LUMPUR - Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang menyifatkan kegagalan mendapat tiket acara...

Fenomena Cahaya Menegak Terangi...

SEORANG jurugambar berjaya merakam imej pembentukan fenomena 'vertical aurora' yang menerangi langit sekitar...

Timbang Benarkan Pelajar Universiti Pulang Ke Rumah

KERAJAAN dalam proses membenarkan penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta pulang ke kampung masing-masing selepas berada dalam tempoh lama di kampus susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mesyuarat khas menteri mengenai PKP hari ini mendengar rintihan ibu bapa yang bimbang mengenai keadaan anak mereka yang berada di kampus sejak pelaksanaan PKP fasa pertama.

“Kita faham ibu bapa dan penuntut rasa tertekan kerana begitu lama berada di kampus dan ingin pulang ke kampung halaman.

“Hasil pemantauan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), selepas sebulan mendapati tiada kluster Covid-19 di kampus dan penuntut juga tidak menunjukkan gejala jangkitan virus itu, jadi ada kemungkinan kita akan membenarkan mereka pulang tetapi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, pergerakan secara besar-besaran kira-kira 100,000 penuntut IPT seluruh negara dikhuatiri menimbulkan kesesakan di hentian rehat dan rawat sekali gus boleh mewujudkan kluster baharu.

Katanya, mesyuarat bersama KKM, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memperhalusi SOP jika ada keputusan untuk membenarkan pelajar IPT pulang ke rumah masing-masing.

“Kemungkinan ujian saringan kesihatan akan dibuat terlebih dahulu sebelum mereka pulang ke kampung berdasarkan perundingan antara KKM dan KPT.

“Bagaimanapun kita belum menetapkan lagi SOP bagaimana kepulangan mereka, kalau perlu saringan 100,000 penuntut mungkin ambil masa lama, kita akan lihat SOP dan tarikhnya akan ditentukan kemudian,” katanya.


Menurutnya, SOP sama turut terpakai kepada mereka yang ‘terkandas’ di kampung sejak PKP fasa pertama.

“Kita faham berada sebulan di kampung meresahkan mereka, kita akan lihat kaedah ini nanti,” katanya.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan bersetuju memberi setiap isi rumah empat penutup hidung dan mulut secara percuma dengan peruntukan 32.4 juta keping seperti diumumkan sebelum ini.

“Setakat ini sebanyak 23.4 juta topeng muka atau 69 peratus sudah diagihkan oleh pejabat daerah, Angkatan Pertahanan Awam dan Pusat Gerakan Bencana negeri.

“Baki sembilan juta topeng muka dalam proses agihan dan dijangka selesai diedarkan minggu ini.

“Pengagihan di Sabah dan Sarawak akan bermula hari ini (semalam),” katanya. – myMetro Online

Kategori