Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Meninggal Dunia

SHAH ALAM – Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Seri Rizuan Abd Hamid disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi akaun Twitter beliau.

“Dengan rasa sedih dan dukacitanya mendapat perkhabaran sahabat baik saya, Dato Seri Rizuan Abd Hamid, Ketua UMNO Bahagian Kepong merangkap Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi,” katanya.

Rizuan yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepong disahkan dijangkiti Covid-19 selepas menerima keputusan ujian saringan pada 1 Mei lalu sebelum dikuarantin pada 3 Mei di PPUM dan dipindahkan ke ICU pada hari sama.

Dalam pada itu, isteri Rizuan, Tan Sri Madinah Mohamad turut dilaporkan menerima rawatan di ICU di pusat perubatan yang sama. – Sinar Harian