Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bye Bye Mitsubishi Evolution.....

Beberapa hari lepas tersebar berita bahawa model kereta legenda Mitsubishi Evolution, yang kini...

Polis Buka 2 Kertas...

MELAKA - Polis telah membuka dua kertas siasatan berhubung kes dera tiga pembantu...

1MDB: Status Sri Ram...

KUALA LUMPUR - Peguam bela Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mempersoalkan...

Kecoh ‘Hantu’ Tutup Pintu...

SERAM... Ini bukan drama ngeri atau filem tahyul, namun kisah pintu platform sebuah...

Timbalan Menteri Tanya Bukan Dulu PH Anti-Islam?

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin membidas PAS kerana meminta kerajaan membawa Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU355)

Mohamed Hanipa berkata, PAS tidak sepatutnya membuat permintaan itu kerana Pakatan Harapan (PH) pernah dituduh sebagai anti-Islam.

“Bukan dulu PH dituduh anti-Islam ke? Bukan pemimpin Islam dalam PH dituduh pengkhianat ke? Dan bukan anak pemimpin parti ehem yang keluar parti dilabel macam anak Nabi Nuh ke?

“Tup tup… Kami minta PH bawa RUU 355 di Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan hari ini meminta kerajaan PH mempertimbangkan RUU dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dibawa ke Parlimen.

“PAS menggesa menteri membuat pertimbangan sewajarnya supaya Akta 355 disenaraikan juga sebagai tanda komitmen Kerajaan Persekutuan mengangkat institusi Mahkamah Syariah dan memperbaharui undang-undang berkaitan jenayah syariah,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Kategori