Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

AirAsia X Bermasalah Kewangan,...

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat AirAsia X Bhd Azran Osman dilaporkan beberapa media...

Muzik Sape 50 Jam...

PERSEMBAHAN Muzik Sape Terpanjang, menjangkau 50 jam tanpa henti atau tiga hari berturut-turut,...

Pemuda Kedah Minta Tindakan...

ALOR SETAR - Pemuda UMNO Kedah mahu tindakan tegas dikenakan terhadap pemilik portal...

Segera Ke Fasiliti Kesihatan...

PUTRAJAYA - Individu yang mempunyai gejala cacar monyet digesa segera ke fasiliti kesihatan...

Timbalan Menteri Rebah, Dewan Rakyat Tangguh Sementara

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith yang juga ahli Parlimen Kuala Pilah rebah ketika sesi soal jawab pagi ini dan diberi bantuan perubatan segera.

Beliau rebah ketika Timbalan Menteri Kerajaan Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Raja Kamarul Bahrin menjawab soalan bagi pihak kementeriannya.

Timbalan Speaker, Rashid Hasnon mengarahkan sidang ditangguh 10 minit untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Eddin, 45, dilihat meninggalkan Dewan dengan bantuan kerusi roda ke klinik di bangunan Parlimen.

Dalam pada itu, ahli Parlimen Bagan Serai, Dr. Noor Azmi Ghazali yang merupakan doktor berkata tekanan darah beliau stabil ketika diperiksa namun dipercayai agak kepenatan hingga menyebabkannya pengsan secara tiba-tiba.


“Beliau rebah secara tiba-tiba dan terus dibawa keluar ke klinik Parlimen untuk pemeriksaan lanjut.

“Timbalan menteri itu kemudiannya sedar selepas beberapa minit dan akan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi. – FMT

Kategori