Timbalan Ketua Menteri Dakwa Berhak Terima Bantuan Monsun

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini tular senarai penerima bantuan musim monsunĀ untuk pekebun kecil getah di mana salah seorang penerimanya ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Memetik laporan portal FMT, Tangau yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, tiada peraturan menetapkan seorang menteri tidak berhak menerima bantuan itu.

Katanya, beliau memiliki kebun getah seluas 10 ekar di Tamparuli yang dijaga oleh sepupunya, Taimin Gindalan.

Sepupunya itu juga seorang ketua masyarakat pribumi.

Warganet ketika mengulas mengenai senarai yang tular itu berkata, Tangau tidak boleh dapat bantuan kerana dia seorang yang berada dan tokoh masyarakat.

Mana-mana kebun kecil, dengan tanah seluas kurang daripada 6ha, yang berdaftar dengan Lembaga Industri Getah Sabah (SRIB), boleh menerima bantuan itu.

Difahamkan bantuan RM600 itu sudah didepositkan ke akaun bank isteri Tangau untuk tiga bulan iaitu dari November tahun lepas kepada Januari tahun ini.

Tangau berkata SRIB cawangan Tuaran yang mendedahkan senarai itu kerana gagal mengesan beberapa pekebun kecil.

Hanya selepas senarai itu tular lebih ramai pekebun kecil tampil menuntut bantuan itu.

Dalam perisytiharan aset sebagai seorang ahli Parlimen, Tangau mengisytiharkan beliau berpendapatan RM71,932 sebulan dan mempunyai harta bernilai RM6,170,346.

Loading...