Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Peneroka Felda Terima Dividen,...

JELEBU - Sebanyak 98,688 peneroka Felda menerima durian runtuh menerusi pembayaran dividen Felda...

Industri Jagung Bijirin Sumber...

KUALA LUMPUR – Penanaman jagung bijirin sebagai industri baharu bagi memenuhi keperluan makanan...

Sindiket Tawar Pakej Vaksin...

KUALA LUMPUR - RM400 bagi warga tempatan manakala RM800 untuk warga asing.Itu tawaran...

Amaran Hujan Lebat, Ribut...

KUALA LUMPUR: Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang dijangka di lapan negeri,...

Tikam Alat Sulit Selepas Diajak Seks ‘3 Serangkai’

SEORANG isteri di Sibu menikam alat sulit teman wanita suaminya menggunakan pisau sepanjang 22 sentimeter selepas berang diajak melakukan hubungan seks ‘tiga serangkai’ (threesome).

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata dalam kejadian yang berlaku pada jam 9 malam tadi, suspek berusia 46 tahun bertindak sedemikian selepas berpura-pura bersetuju melakukan hubungan seks bersama.

“Dalam kejadian itu, suami suspek berusia 28 tahun bertindak membawa teman wanitanya berusia 34 tahun, ke kediaman isterinya, untuk berbincang berkenaan hubungan mereka.

“Ketiga-tiga mereka kemudiannya bersetuju untuk melakukan hubungan seks bersama. Namun, suspek mengambil peluang menikam alat sulit mangsa ketika mereka berada dalam sebuah bilik dan suami suspek menyedari perbuatan itu selepas isterinya bergegas lari dari bilik itu,” katanya selepas hadir ke Majlis Sambutan Hari Polis ke-212 Tahun, di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu, di Sibu, hari ini.

Sebelum kejadian, ketiga-tiga mereka sempat minum minuman keras.

Stanley ketika mengulas lanjut, berkata suami kemudian bertindak mengejar isterinya selepas mendengar teman wanitanya mengerang kesakitan sambil memberitahu dirinya ditikam.

“Suami suspek berjaya mengejar isterinya dan menahannya sebelum suspek diserah kepada pihak polis,” katanya.

Beliau berkata, punca kejadian berlaku disebabkan suspek berang sejurus suaminya itu membawa mangsa datang ke rumah sewa mereka.


“Polis yakin motif kepada kejadian adalah dendam dan cemburu kerana suspek sudah lama mengetahui suaminya itu menjalin hubungan dengan mangsa.

“Mangsa kini dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Sibu walaupun mengalami banyak pendarahan,” katanya.

Difahamkan, mangsa sudah berkahwin dan mempunyai anak dengan suaminya bekerja dalam industri pembalakan di Kepulauan Solomon.

Suspek dan suaminya sudah tinggal bersama selama tujuh tahun, namun hanya berkahwin secara adat di rumah panjang dan tidak mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata pisau. – myMetro Online

Kategori