Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Saham Syarikat Dikaitkan Anak...

SAHAM Eden Inc Bhd. dan Thriven Global Bhd. muncul menjadi kaunter paling aktif...

Perbicaraan Najib Kes Dana...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu dimaklumkan bahawa pihak pendakwaan...

Ancaman Keganasan Tidak Jejas...

IPOH - Ancaman keganasan yang melanda seluruh dunia tidak menjejaskan sektor pelancongan di...

FBI Siasat Motif Lelaki...

SAN FRANCISCO - Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) hari ini menyiasat punca yang mendorong...

Tiga Ular Sawa ‘Rakan Bilik’ Pelakon Dwan

KUALA LUMPUR – Bukan semua orang berani berdepan dengan ular apatah lagi untuk berdekatan dengan reptilia yang berdarah sejuk itu.

Namun bagi pelakon baharu, Dwan atau nama sebenarnya Muhammad Ridzwan Shahrul Hamid, 25, tiga ular sawa yang dibelanya dijadikan ‘rakan sebilik’ di rumahnya di Taman Pokok Asam, Taiping, Perak.

Selain ular sawa, pelakon drama Tanah Kubur dan filem Dollah Superstar itu turut memiliki ular tedung dan tedung selar yang ditempatkan di rumah sifunya, Amjad Khan yang juga anak kepada Raja Ular Malaysia, Allahyarham Ali Khan Samsuddin.

Dwan berkata walaupun pernah tercedera di tangan dan menerima lima jahitan kerana digigit ular sawa seberat 12 kilogram dan 10 meter panjang ketika memburu spesies itu di hutan pada 2010, kejadian itu tidak mematahkan semangatnya untuk memelihara reptilia itu.

“Ramai beranggapan memelihara ular sebagai tidak masuk akal, namun hakikatnya reptilia itu mudah dijinakkan malah amat manja dan hanya memerlukan penjagaan minimum,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Dwan tidak menafikan dalam mengendalikan ular peliharaannya itu, beliau harus berhati-hati bagi mengelakkannya tercedera.

“Bagi mengelakkan ular berasa terancam dalam persekitaran manusia, saya perlu memegang dan membelainya dengan teknik yang betul selain sentiasa berhati-hati supaya tidak terpijak tubuhnya ketika sedang menjalar,” katanya.


Beliau berkata minat serta hobi yang dianggap berbahaya itu kini menjadi sumber pendapatan sampingannya menerusi undangan mengadakan pertunjukan ular di seluruh negara.

Dwan berkata sebelum melakukan sebarang aktiviti mahupun pertunjukan bersama ular-ularnya itu, beliau akan mendapatkan kelulusan daripada pihak berwajib terlebih dahulu.

Selain itu, sebelum bermain dengan ular-ularnya untuk tujuan pertunjukan, Dwan yang juga model sambilan berkata, beliau sentiasa memastikan dirinya berada dalam keadaan berwuduk selain berdoa agar keselamatan dirinya dilindungi.

“Ramai kawan kata suatu hari nanti saya akan mati dipatuk ular akibat hobi ini, namun bagi saya semua itu adalah ketentuan Allah,” katanya yang merancang mengadakan jelajah pertunjukan ular di seluruh negara tahun ini. – BERNAMA

Kategori