Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lebih 30,000 Undi Kit...

KUALA LUMPUR - Lebih 32,000 warga maya mengundi mahukan Penasihat DAP, Lim Kit...

Pemandu Lapor Polis Kes...

TEGAS... Pemandu Jabatan Perhutanan Pahang buat laporan polis bagi pertahan tindakannya serah kunci...

Mangsa Banjir Di Kedah...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di empat daerah di...

Doktor Kontrak: Saya Tak...

PARLIMEN l Kementerian Kesihatan (KKM) kini dalam proses menyediakan unjuran berkenaan jumlah pegawai...

Tiga Rakyat Malaysia Kes Baharu Covid-19 Di Singapura

SINGAPURA – Tiga rakyat Malaysia antara 596 kes baharu jangkitan Covid-19 yang dilaporkan di Singapura dengan seorang dikaitkan dari asrama Kranji Lodge, satu daripada lebih 20 asrama kluster pekerja asing di sini.

Susulan satu kes itu yang dikaitkan dari sebuah asrama menjadikan jumlah rakyat Malaysia dikaitkan dengan kluster asrama kepada tujuh orang manakala 95 rakyat Malaysia dilaporkan dijangkiti virus itu di sini dengan kes pertama diumumkan pada 17 Februari.

Menurut data harian yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu semalam, lelaki berusia 55 tahun dan dua lagi itu adalah pemegang permit bekerja.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Dua lagi rakyat Malaysia itu masih diklasifikasi sebagai kes tidak dikaitkan.

Selain daripada kluster asrama, lebih 20 rakyat Malaysia di sini dikaitkan dengan kluster lain iaitu ABC Hostel, Mustafa Centre, McDonald Singapura, SAFRA Jurong, SingPost, Project Glory dan TTJ Design & Engineering Pte Ltd.

Setakat jam 12 tengah hari semalam, jumlah kes Covid-19 di Singapura mencatatkan 6,588 dengan 4,706 kes diklasifikasi sebagai penghuni asrama, 305 melibatkan pemegang permit bekerja yang tidak mendiami asrama, 1,008 kes komuniti dan 569 ialah kes diimport.


Dengan jumlah terbaharu itu, Singapura yang mencatatkan kes pertama Covid-19 pada 23 Januari telah mencatatkan jumlah kes tertinggi dalam kalangan negara anggota ASEAN sedikit di atas Indonesia.

Sehingga kini, 768 pesakit di sini telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan itu dan telah dibenarkan pulang dari hospital atau fasiliti pengasingan komuniti, 22 dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi manakala 11 meninggal dunia.

Semalam sahaja, pulau-bandar ini mengenal pasti lima kluster baharu iaitu Woodlands Lodge I; Changi Lodge II; 51, Paya Ubi Industrial Park; 17, Jalan Besut; dan Sembawang Shipyard.

Setakad ini, Singapura mewartakan 12 asrama yang dijangkiti sebagai kawasan pengasingan dengan kebanyakan asrama yang dijangkiti itu dihuni oleh warga Bangladesh, India, China dan Myanmar.

Kategori