Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bermadu? Gambar Adik Beradik...

KELAKAR!  Hasrat seorang gadis berkongsi foto kegembiraan beraya bersama adik beradik menjadi bualan...

Pengarah GLC, 2 Individu...

PUTRAJAYA - Seorang pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersama adiknya direman tujuh hari...

TPM Ucaptama Forum Kepimpinan...

KUALA LUMPUR – Forum Kepimpinan Muslim Dunia (WMLF) 2018 akan bermula di London...

68 Individu Ditahan Jual...

JOHOR BAHRU - Polis menahan 68 individu termasuk 11 wanita dalam 67 serbuan...

Tiga Mayat Ditemui, Ramai Masih Tertimbus

GEORGE TOWN – Tiga maut, seorang cedera manakala sekurang-kurangnya sembilan lagi dipercayai masih terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong, dekat sini hari ini.

Setakat 5.30 petang ini, tiga mayat ditemui manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Kesemua mereka terperangkap apabila tanah di kawasan pembinaan lebuh raya berkembar itu runtuh kira-kira 1 tengah hari ini, menimpa empat kontena di tapak projek tersebut.

Difahamkan kontena terletak di kaki bukit itu adalah untuk penginapan pekerja.

Usaha mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai tertimbus masih berjalan melibatkan lebih 100 anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta Penyelamat Pulau Pinang dan dibantu agensi lain.

Jalan Bukit Kukus merupakan jalan menghubungkan penduduk di kawasan Paya Terubong ke Bandar Baru Air Itam, dengan sepanjang jalan berbukit lebih satu kilometer itu kebanyakannya kawasan perumahan.

Khamis lepas, satu kejadian runtuhan 14 rasuk konkrit berukuran 25m setiap satu terjatuh di lereng, di tapak Projek Jalan Bukit Kukus, namun tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda awam dilaporkan.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Mohd Tarmizi Md Jaafar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.57 tengah hari dan mayat pertama ditemui selepas anggota bomba dan penyelamat memulakan operasi mencari dan menyelamat.

“Laporan awal yang kami terima 10 orang terperangkap,” katanya.


Bagaimanapun, jumlah sebenar mangsa tidak dapat dipastikan dan mungkin lebih 10 orang.

Mohd Tarmizi berkata berdasarkan maklumat awal, cuaca ketika kejadian tidak hujan, tetapi terdapat pengaliran air di kawasan itu berikutan hujan lebat di negeri ini sejak petang semalam.

Beliau berkata pihaknya akan melihat kepada situasi semasa operasi sama ada untuk mendapatkan bantuan daripada pasukan khas di Putrajaya.

Sementara itu, seorang warga Indonesia yang hanya ingin dikenali sebagai Muhyiddin, 39, berkata bapa saudara dan isteri bapa saudaranya yang berusia lingkungan 40-an masih terperangkap dalam tanah runtuh tersebut.

Beliau yang berasal dari Sulawesi, Indonesia, berkata bapa saudara dan isteri serta dua lagi anggota keluarganya tinggal dalam kontena berkenaan.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam kenyataan di sini melahirkan rasa kesal dengan kejadian tanah runtuh itu.

“Siasatan terperinci dan tindakan lanjut akan diambil dengan sewajarnya serta dikemas kini dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Kategori