Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Saran Kelas Sivik Untuk...

KUALA LUMPUR - Bukan setakat kerusi, kucing dan almari juga dilaporkan pernah dicampak...

Abby Abadi Tak Jadi...

NAMA Abby Abadi sememangnya sinonim dengan isu-isu panas semenjak dia mula menghadapi masalah rumah tangga...

Jabatan Imigresen Perkasa Pegawai...

PORT DICKSON - Jabatan Imigresen menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Britain di Malaysia...

Leftenan Kolonel, Staf Sarjan...

KUANTAN - Dua anggota tentera termasuk pegawai kanan berpangkat leftenan kolonel ditahan reman...

Tiga Maut Kereta Dinaiki Terbabas Langgar Pokok

KUALA LUMPUR – Tiga orang, dua daripadanya wanita, maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pokok di Km13.7 Lebuhraya Damansara Puchong dekat sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata mangsa, Lee Ka Peng, 31, Lee Siew Pheng, 23, dan Lai Pei Jian, 25, maut dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu apabila kereta jenis Honda Civic dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan dan terbabas.

“Kesemua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata mayat kesemua mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.15 pagi dan mengerahkan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dan Seksyen 7 ke lokasi kejadian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori