Tiga Harimau Sumatera Lahir Di Sydney

SYDNEY – Tiga harimau Sumatera selamat dilahirkan di Zoo Taronga, Sydney, 17 Januari lalu.

Ibunya yang dinamakan Kartika, memberi sedikit harapan apabila jumlah spesies ini semakin berkurangan di seluruh dunia.

Menurut jurucakap zoo, tiga ekor harimau itu (dua betina dan seekor jantan) akan bersama dengan ibunya sehingga Mac.

Setakat ini, 21 harimau Sumatera dilahirkan di Sydney sejak tahun 1980.

Jumlah harimau Sumatera kini dilaporkan menurun sehingga 400 ekor seluruh dunia. – Astro AWANI