Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Daftar Pengundi Automatik Semua...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan pendaftaran automatik sebagai pengundi kepada rakyat Malaysia...

Kerajaan Sabah Sedang Berusaha...

RANAU - Kerajaan Negeri Sabah sedang berusaha untuk mengatasi masalah bekalan air yang...

Cuepacs Minta Kerajaan Lihat...

SEMPORNA - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melihat kebajikan...

Makin Ramai Pindah Luar...

FAKTOR persekitaran di kawasan luar bandar yang semakin baik menarik lebih ramai penduduk...

Tiga Asteroid Besar Lintasi Bumi Hari Ini

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) semalam mengeluarkan amaran objek berhampiran Bumi selepas mengesan tiga asteroid bersaiz besar yang melintasi planet ini, hari ini.

Salah satu daripadanya dilaporkan sebesar menara condong Pisa di Itali dan boleh menyebabkan malapetaka jika menghentam Bumi.

Menurut NASA, asteroid pertama dikenali sebagai 2019 AT6 sebesar 17 meter (m) dan bergerak selaju 17,380 kilometer sejam (km/j) melintasi Bumi pada kedudukan 3.2 juta kilometer (km) pada pukul 3.20 pagi (waktu tempatan).

Batu angkasa kedua, 2019 AM8 sebesar ikan paus biru meluncur melepasi Bumi dua kali ganda lebih laju daripada asteroid pertama iaitu pada kelajuan 40,555km/j, kira-kira pukul 4 petang dengan jarak 3.22 juta km atau lapan setengah kali jarak Bumi dan bulan.

Asteroid terakhir dikenali sebagai 2019 AG7 ber­diameter 51m atau setinggi menara condong Pisa dijangka terbang melepasi planet ini pada pukul 10.43 malam (waktu tempatan) dengan kelajuan 24,333km/j, kira-kira 1.53 juta km atau empat kali jarak Bumi dan bulan.

Sebanyak 12 objek berhampiran Bumi dijangka meluncur melepasi planet ini hingga hujung bulan ini.


NASA mengesahkan bahawa asteroid itu diklasifikasikan sebagai ‘saiz kecil’ dan tidak mengancam kehidupan di Bumi.

Menurut agensi itu, malapetaka glo­bal akan berlaku jika objek bersaiz lebih besar 1,000m menghentam permukaan Bumi. – Agensi

Kategori