Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: “Kurang Ajar Punya...

SEORANG warga emas menjadi 'musuh no.1' di China selepas rakaman video memaparkan aksi...

Belanjawan 2021: Kerajaan Dengar...

PUTRAJAYA - Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini bersifat inklusif dan mengambil...

Rakyat Johor, Janganlah Bersedih...

"Janganlah bersedih, dan janganlah hampa, kerana kita masih bernafas. Dunia belum berakhir, ianya...

Hanya Tinggal Dua Ekor...

Shah Alam - Dalam tempoh 2005 hingga 2013, empat Tapir Malaya mati akibat...

‘Tidur’ 3 Jam Di Atas Bom Perang Dunia Kedua

VENLO – Seorang lelaki menggadai nyawa selepas berbaring di atas sebutir bom lama peninggalan Perang Dunia Kedua selama tiga jam di sebuah taman komuniti di sini baru-baru ini.

Xavier Lucassen, 45, berbuat demikian kerana mahu mengurangkan impak letupan apabila menyedari bom itu mula mengeluarkan bunyi pelik selepas beberapa minit dia menemui bahan peledak terbabit di taman tersebut malam Rabu lalu.

Bagaimanapun, bunyi itu kemudiannya berhenti dan Lucassen tidak berani untuk berdiri. Dia menggunakan telefon bimbitnya untuk menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan, kata jurucakap perkhidmatan keselamatan Belanda, Veronique Klaassen.

Anggota skuad pemusnah bom (EOD) dari Kementerian Pertahanan Belanda tiba untuk melupuskan bom itu ketika penduduk setempat dipindahkan.

Bom itu kemudian disahkan sudah tidak berbahaya. Lucassen menerima rawatan untuk hipotermia kerana berbaring terlalu lama dalam cuaca sejuk. – Agensi

Kategori