Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Donald Trump ‘Tidak Layak’...

WHITE HOUSE hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa Donald Trump 'tidak layak' untuk menyandang...

Sazali Fail Rayuan Penggantungan...

KUALA LUMPUR - Jaguh bina badan negara, Sazali Samad yang dikenakan hukuman gantung...

Adik Jual Nasi Lemak...

KISAH seorang gadis belasan tahun yang gigih berniaga di hadapan sebuah bank demi meringgankan beban...

Suspek Kes Cubaan Samun...

KUALA LUMPUR - Seorang suspek kes cubaan samun cedera ditembak selepas bertindak menyerang...

Tak Sempat Brek, Pelajar UiTM Parah Rempuh Tol

SEBUAH video yang merakamkan detik kejadian sebuah kereta yang melanggar tembok simen di Plaza Tol Kundang Barat, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) menjadi viral di laman sosial sejak petang semalam apabila netizen meminta bantuan untuk mengenal pasti mangsa yang terlibat.

Akibat kemalangan tersebut, telefon bimbit mangsa pecah dan sukar untuk menghubungi keluarganya bagi memaklumkan mengenai kejadian.

Tak Sempat Brek, Pelajar UiTM Parah Rempuh Tol

Selepas video tersebut menjadi ‘bualan’ hangat dan dikongsi, mangsa tersebut telah berjaya dikenalpasti sebagai Nurul Atikah Jafri, 21, dari Batu 8 1/4 Gombak.

Mangsa yang merupakan pelajar UiTM Puncak Alam dilaporkan parah di muka dan tangan selepas kenderaan jenis Perodua Viva yang dipandunya merempuh tembok simen plaza tol menghala Kuala Selangor, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Dr. Abdul Aziz Awang Darus berkata, dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu, kenderaan mangsa dari arah Selayang menghala Puncak Alam itu dipercayai dipandu laju dan tidak sempat dihentikan ketika menghampiri plaza tol.

Menurutnya, akibat rempuhan itu, kereta mangsa remuk pada bahagian hadapan dan sisi kiri manakala pemandunya cedera pada muka dan tangan.

“Mangsa mengalami cedera parah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh dan kini dilaporkan stabil.


“Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam video tersebut, dapat dilihat kenderaan mangsa meluncur laju dan merempuh tembok plaza tol menyebabkan bahagian kiri hadapan kereta remuk.

Menerusi ruangan komen, ahli keluarga mangsa, Aqmal Budriz Mustakim menjelaskan, mangsa dalam perjalanan ke hospital untuk temujanji dan dipercayai terlelap ketika memandu serta tidak sempat menekan brek. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori