Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

19 Dilantik Anggotai Jawatankuasa...

KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri hari ini, mengumumkan pelantikan Ahli Jawatankuasa Khas...

Tiada Tumpahan Minyak Di...

Melaka : Tiada sebarang kesan tumpahan minyak dari kapal dikesan setakat ini seperti...

Badminton Masih Sandaran Utama...

SEPANG - Sukan badminton masih menjadi sandaran utama negara untuk meraih pingat emas...

20 Wanita Thailand Diselamatkan...

JOHOR BAHRU - Seramai 20 wanita warga Thailand diselamatkan daripada sindiket pemerdagangan manusia...

Tidak Perlu Berhimpun Bantah ICERD

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah, Khalid Samad, menegaskan tiada keperluan bagi perhimpunan membantah cadangan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di mana-mana negeri.

Ini kerana kerajaan masih belum memutuskan sama ada ingin meratifikasi konvensyen berkenaan sehingga ada pihak yang ingin mengadakan himpunan raksasa bagi membantah perkara itu.

“Saya hairan mengapa ada pihak yang ingin berhimpun sebab tiada orang yang nak tandatangan pun (meratifikasikan ICERD) setakat ini.

“Lagi ramai yang kecoh, akan menambahkan lagi kekeliruan. Sepatutnya kita perlu jelaskan mengapa kita sokong atau tolak sesuatu perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kempen ‘Buy Malaysia First’ di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Pasar Seni, hari ini.

Katanya lagi, golongan yang menolak ICRED tanpa memahami isu sebenar hanya akan memberi gambaran yang salah berhubung perkara berkenaan.

“Jika ada golongan yang mahu tolak ICERD, tetapi orang ramai tidak faham mengapa, ia akan beri gambaran bahawa kerajaan mahu mengamalkan diskriminasi.

“Kalau kita nak tolak, kena nyatakan kenapa dan apa masalahnya. Memang kita tidak setuju dengan diskriminasi, tetapi kita perlu jelaskan dengan lebih terperinci,” katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam itu turut berharap tiada pihak yang cuba melaga-lagakan rakyat dan kerajaan berhubung ratifikasi ICERD.


“Janganlah mengapi-apikan atau sengaja melagakan. Itu adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Sekarang ini belum ada keputusan daripada kerajaan untuk meratifikasi ICERD. Saya lihat mereka yang ingin berhimpun sengaja untuk mempolitikkan isu ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Khalid mengesahkan sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang permohonan berhubung himpunan berkenaan.

Himpunan tolak cadangan meratifikasi ICERD dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka pada 8 Disember depan.

Kelmarin, Khalid menyatakan kesukaran bagi pihaknya membenarkan penganjuran himpunan berkenaan di Dataran Merdeka sekiranya membabitkan penyertaan yang ramai.

Bagaimanapun, sebarang pertimbangan bergantung kepada nasihat pihak polis dan permohonan yang dibuat penganjur. – BH ONLINE

Kategori