Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Pemindahan Aset Air Di...

SHAH ALAM - Proses pemindahan aset-aset air di Selangor kepada Pengurusan Aset Air...

Pusat Permata Kurnia Berjaya...

KUALA LUMPUR - Seorang ibu anak istimewa, Suzana Adnan, 46, bersyukur dengan kewujudan...

48 Jam Berakhir Petang...

KUALA LUMPUR - Kelibat Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol masih...

Perubahan Drastik, Orang Hampir...

PELAKON simbol seks, Pamela Anderson mengejutkan peminat Hollywood dengan perubahan drastik pada raut...

Tidak Isytihar Harta Akan Jadi Kesalahan Undang-Undang

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memasukkan seksyen baharu di bawah Akta SPRM berhubung pengisytiharan harta milik anggota Parlimen dan menteri yang dijangka dibentang di Parlimen pada April depan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata seksyen baharu ini akan membolehkan SPRM mengambil tindakan terhadap mana-mana anggota Parlimen atau menteri yang tidak mengisytiharkan harta mereka.

Beliau berkata melalui seksyen baharu itu, ia akan menjadi kewajipan mereka untuk isytihar harta dan akan menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang jika gagal berbuat demikian.

“Maknanya dalam tempoh ini, mana-mana anggota Parlimen atau menteri yang masih tidak isytihar harta mereka kami tidak boleh ambil sebarang tindakan kerana seksyen baharu itu belum dibentang (dan diluluskan) di Parlimen lagi.

“Apa yang kami boleh buat sekarang adalah meminta mereka menyegerakan proses ini (isytihar harta) kerana ia merupakan janji kerajaan Pakatan Harapan untuk membersihkan negara daripada rasuah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis konvokesyen pegawai integriti bertauliah, di sini hari ini.

“Apabila mereka isytihar harta, SPRM akan meneliti harta mereka sama ada terpalit dengan rasuah atau tidak.


“Hari ini juga SPRM telah mengeluarkan senarai nama anggota Parlimen dan menteri berhubung pengisytiharan harta mereka di portal SPRM,” katanya.

Beliau berkata ada dalam kalangan mereka masih belum berbuat demikian dan meminta individu berkenaan supaya menyegerakan proses itu.

“Sepatutnya selepas tiga bulan mereka mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen sudah isytihar harta dan kami masih menunggu lagi sebahagian daripada mereka (yang belum),” katanya. – BERNAMA

Kategori