Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gadis Pelarian Bosnia Kini...

KIRA-KIRA 22 tahun lalu, gadis ini adalah pelarian perang dari Bosnia Herzegovina di...

Pelajar Perubatan, Ahli Perniagaan...

LABUAN - seorang penuntut perubatan dan seorang ahli perniagaan maut dalam dua kemalangan...

Rusia Kagumi Sistem Pendidikan...

BANDAR SERI BEGAWAN ā€“ Ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Malaysia dikutuk umat...

Sami Thailand Curi Mayat...

Bangkok - Polis menahan seorang sami dan dua lelaki kerana mencuri mayat dari...

Tidak Hormat Negaraku: 7 Individu Mengaku Tidak Bersalah

KUCHINGĀ – Seorang wanita dan enam lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana tidak menghormati nyayian lagu Negaraku pada 29 Sept lalu.

Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan yang dibaca Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Nurfazlin Mahmad Zulhasnan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Zubaidah menetapkan 11 Nov depan sebagai tarikh pengurusan kes dan tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin tempatan setiap seorang.

Mereka ialah Andrew Chong, 33, Kon Tai Keong, 37, Leong Shaow Tung, 43, Bong Sak Sin, 44, Tan Kok Chiang dan Pui Ping Ping, masing-masing berusia 46 tahun serta Phang Ngin Pen, 64.

Mereka didakwa tidak berdiri sebagai tanda hormat ketika lagi Negaraku dimainkan pada satu majlis makan malam aktivis pada 27 September, pukul 7.15 malam, di hotel di Jalan Ban Hock.

Pada Jumaat, 29 September lalu, tular video sekumpulan individu dipercayai ahli atau penyokong Sarawak for Sarawakians (S4S), hanya duduk ketika lagu Negaraku berkumandang pada satu majlis di sini.


Difahamkan, tindakan itu sebagai menunjukkan bantahan berkaitan kemelut isu pemberian royalti minyak 20 peratus kepada negeri.

Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 8 (3) Akta Lagu Kebangsaan 1968.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak lebih RM100 atau penjara tidak lebih sebulan, kerana menunjukkan sikap tidak hormat terhadap Lagu Kebangsaan.

Kategori