Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

DAP Seru Bangsa Johor...

KUALA LUMPUR - DAP dalam satu kenyataan hari ini Johor menyeru seluruh Bangsa...

Penjelasan Najib Yang Mungkin...

MAHFUZ oh.. Mahfuz, mai sini kejap. Ada benda nak tanya hang.Katakanlah kawan kamu dengan...

Polis Tahan 17 Individu...

JOHOR BAHRU - Polis menahan 17 individu dalam beberapa serbuan berasingan di premis...

TN50 Lebih Dinamik Berbanding...

IPOH - UMNO Perak yakin Transformasi Nasional 2050 (TN50) mempunyai matlamat lebih dinamik...

Tidak Ada Keperluan Letak Jawatan TPM – Wan Azizah

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengganggap tidak ada sebarang perkara berbangkit melibatkan dirinya yang boleh menyebabkan beliau melepaskan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Malah, tidak timbul sebarang isu mengenai jawatan nombor dua dalam kerajaan yang disandangnya ketika ini kerana beliau akan bertindak melepaskan jawatan itu jika suaminya dilantik sebagai Perdana Menteri.

Menurut beliau, tidak ada sebarang perbezaan dalam persepakatan mengenai perkara tersebut dan ia boleh dilihat ketika Ahli Parlimen Port Dickson diberi jawatan sebagai Presiden PKR yang disandangnya sebelum ini.

“Saya ingat tidak berbangkit kerana kita dah berjanji bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, saya timbalan perdana menteri.

“Masa Datuk Seri Anwar ambil alih jawatan presiden parti (PKR) tidak ada perbedaan. Jadi, saya dah katakan bila Anwar jadi PM saya akan turunlah (lepas jawatan timbalan perdana menteri). Jadi tiada isu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Pertahanan Siber IACSP di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendapat Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Damansara, Mohd Shaid Rosli apabila menggesa Wan Azizah melepas jawatannya sebagai langkah melaksanakan proses peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

Mohd Shaid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram berkata, proses peralihan kuasa sebagaimana dijanjikan Dr. Mahathir akan berjalan lancar sekiranya prosedur yang dinyatakan itu diikuti.


Katanya, beberapa pihak dalam parti Pakatan Harapan (PH) perlu membuat gesaan agar Dr. Wan Azizah berundur sekiranya beliau mahu suaminya mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Dalam pada itu Wan Azizah menegaskan, semua pihak perlu akur dengan keputusan perdana menteri berhubung perkara itu dan keputusan itu tidak perlu dijadikan isu lagi.

“Dah PM kata macam itu, kita beri kepada PMlah,” ujarnya.

Kategori