Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pengutip Besi Buruk Curi...

KUALA LUMPUR - Padah mencuri dua tangga aluminium, seorang pengutip besi buruk dipenjara...

Jangan Samakan Majlis Penasihat...

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong dalam jawapannya kepada soalan Ahli...

Ujian Sampel B Atlet...

Proses ujian kedua ke atas sampel B milik seorang atlet elit Malaysia yang...

Habitat Orang Utan Terancam

JAKARTA – Pembinaan empangan hidroelektrik bernilai AS$1.6 bi­lion (RM6.6 bilion) di Indonesia yang...

Tiba-Tiba Anwar ‘Melenting’ Isu PKR Sarawak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘melenting’ kepada wartawan yang mengajukan soalan kepadanya berhubung kemelut yang menyelubungi PKR Sarawak membabitkan perebutan jawatan pengerusi parti di negeri itu.

Riak wajah Presiden PKR itu kelihatan marah dengan nada yang agak tinggi apabila beliau menegaskan kepada wartawan berkenaan supaya tidak menyibuk hal parti itu di Sarawak.

“Kamu sibuk apasal (kenapa)? Apa masalah?

“Kenapa tak tanya (hal) Pengerusi Selangor? Kenapa tak (Pengerusi) Pulau Pinang? Perlis,” katanya kepada pemberita selepas memberi Syarahan Za’ba 2018 bertajuk Melayu dan Islam Dalam Era Malaysia Baharu di Dewan Semarak Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, hari ini.

Beliau mengulas laporan media yang mendakwa PKR Sarawak kini berhadapan kemelut baru selepas selesai pemilihan.

Laporan itu mendakwa, ia membabitkan kemelut siapa Pengerusi PKR Sarawak yang baharu sama ada Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian atau pun Ahli Parlimen Julau, Larry Sng.

Ada juga desas-desus dalam kalangan ahli di negeri itu yang mengatakan bahawa PKR Sarawak mempunyai autonomi untuk memilih siapa pengerusi parti di Sarawak dan ada yang mendakwa ia tertakluk kepada keputusan presiden.

Ketika ini, Pengerusi PKR Sarawak disandang oleh Baru Bian.

Mengulas kemelut berkenaan, Anwar berkata, masalah itu akan dirujuk perlembagaan parti sebelum keputusan dibuat.

“Kita ikut perlembagaan. Benda ini tak bangkit pun. Hanya dibangkitkan media.


“Ada satu, dua oatanya.

Mengenai ketidakhadiran Menteri Kerja Raya, Baru Bian dalam Kongres Nasional PKR baru-baru, Anwar akan menasihati beliau supaya memberi keutamaan program yang perlu dihadiri.

Anwar kata, jika pemimpin PKR yang bergelar menteri terpaksa hadir program kementerian, mereka mungkin jadikannya sebagai alasan untuk tidak menghadiri kongres.

“Ya, sudah semestinya saya akan nasihat beliau supaya pada masa akan datang perlu pastikan apa keutamaan yang perlu didahulukan.

“Beliau ada beri penjelasan. Tetapi saya bimbang apabila setiap menteri beri alasan berkenaan (hadir program kementerian), tiada siapa akan hadir ke kongres PKR,” katanya. – BH ONLINE

Kategori