Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelaburan I-Serve: Polis Terima...

KUALA LUMPUR: Sebanyak 115 laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini dengan...

Lelaki Mengaku Bunuh Anjing,...

KEJAM.. seorang lelaki telah ditahan pada sabtu selepas dipercayai membunuh seekor anjing milik...

Leong San Kini Adun...

MELAKA - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Goh Leong San dari DAP...

Tadika Musnah 90 Peratus...

ALOR SETAR - Sebuah tadika musnah 90 peratus dalam kebakaran di Jalan Sungai,...

Tiada Tindakan Disiplin Ke Atas MB Perak – Mahathir

PUTRAJAYA – PPBM memaklumkan pihaknya tidak akan mengenakan sebarang tindakan disiplin ke atas Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu susulan kenyataan kontroversi beliau mengenai DAP semasa berkempen di Tanjung Piai baru-baru ini.

Pengerusi PPBM, Dr. Mahathir Mohamad berkata isu membabitkan Faizal dan DAP itu hanyalah penerangan dibuat menteri besar Perak ketika dikerumuni warga nelayan semasa berkempen di Tanjung Piai, di mana kerajaan Pakatan Harapan kononnya dikuasai oleh DAP, komponen pakatan itu.

“Dia (Faizal) dihadapkan dengan nelayan yang begitu agresif. Jadi mereka menganggap Pakatan Harapan ini dikuasai oleh DAP. Jadi dia (Faizal) terang walaupun dia seorang, ramai DAP di Perak tapi dia masih jadi MB, dia menguasai kerajaan bukan bermakna DAP menguasai kerajaan.

“Kita terangkan, kira nak bagi dia (warga Tanjung Piai) sokong, walaupun Faizal seorang (di Perak) bukan bermaksud kerajaan dikuasai DAP,” katanya semasa sidang media selepas mesyuarat PPBM di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Sehubungan itu Mahathir berkata, ada perkara sebenar yang perlu dijelaskan kepada orang ramai terutama mengenai pengagihan kuasa dalam Pakatan Harapan.


“Kadang-kadang dalam situasi tertentu kita perlu jelaskan keadaan sebenar. Dalam PH ada kalanya DAP menguasai, PPBM berkuasa, kadang-kadang PKR, Amanah,” kata beliau.

Baru-baru ini tular satu klip video menunjukkan Ahmad Faizal mengakui kepayahan menjaga kepentingan Melayu dan Islam yang didakwa tidak sealiran dengan kehendak sekutunya, DAP. – FMT

Kategori