Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jemaah Haji Muassasah Kekal...

KUALA LUMPUR - Jemaah haji muassasah kekal membayar RM9,980 bagi musim haji 1441H/2020M...

Pertama Kali Beraya Di...

KEPADA pasangan yang baru berkahwin dan pertama kali berhari raya di rumah mertua,...

6 Penumpang Kapal Persiaran...

KUALA LUMPUR - Keputusan ujian pengesanan COVID-19 yang dijalankan ke atas enam penumpang...

Kajian Hukuman Mati Mandatori...

PUTRAJAYA - Hasil kajian Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori...

‘Tiada Tarik Diri, Halau-Menghalau’ – Penganjur

“TIADA sebarang kejadian tarik diri daripada pertunjukan fesyen mahupun halau-menghalau,” demikian kenyataan pihak penganjur majlis Fenomena Aidilfitri 2017 di ibu negara.

Ia sekali gus menafikan dakwaan panas yang dilemparkan oleh pelakon Fasha Sandha terhadap Nora Danish menerusi akaun Instagram, baru-baru ini sehingga menjadi tular dalam kalangan netizen tempatan.

Menurut Pengarah Urusan Glass Go Media, Amiruddin Rizuan Ali, kejadian itu merupakan satu salah faham dan dia bersedia memikul tanggungjawab atas persengketaan dua artis wanita itu.

“Kejadian yang berlaku itu tiada kena mengena dengan Nora Danish atau Fasha Sandha dan ia sebenarnya atas kelalaian daripada pihak saya sendiri.

“Pada malam tersebut tiada sebarang kejadian melibatkan tarik diri daripada pertunjukan fesyen mahupun halau-menghalau dan ia merupakan satu salah faham.

“Jadi, saya ambil sepenuh tanggungjawab atas perkara yang terjadi dan akan cuba menyelesaikan masalah ini secepat mungkin,” katanya dalam sidang akhbar tergempar di Publika, Kuala Lumpur

Sementara itu, Amiruddin turut meminta agar para peminat turut berhenti daripada membuat spekulasi tertentu termasuk menyebarkan berita berbaur fitnah.


Terdahulu, Fasha mendakwa telah dihalau di majlis fesyen show berikutan ada seorang artis konon akan menarik diri daripada muncul dalam pertunjukan fesyen tersebut sekiranya dia hadir ke majlis berkenaan.

Malah dalam kapsyen tersebut, biarpun Fasha meluahkan perasaan kecewa namun tetap mendoakan agar artis tersebut sentiasa berasa bahagia dan mencapai kejayaan berterusan dalam bidang perniagaan diceburinya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Astro Gempak

Kategori