Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Najib Razak Lawat Hadi...

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa menziarahi Presiden Pas,...

Pesara Tentera Bawa 32,000...

BUKIT KAYU HITAM - Agensi Keselamatan Sempadan (AKSEM) Kedah menahan seorang pesara tentera...

Palsu Dokumen Babitkan TMJ:...

JOHOR BAHRU - Polis Johor sedang memburu dua beranak susulan dipercayai berkaitan dengan...

PM Harap Semua Beri...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berharap semua pihak memberi kerjasama...

Tiada Sijil Halal Jika Restoran Ada Berhala

WASPADA… Sijil Pengesahan Halal Malaysia tidak akan diberikan kepada mana-mana pemilik restoran yang didapati letak alat pemujaan atau unsur penyembahan agama di kawasan premis.

Menurut Pegawai Seksyen Penguatkuasa Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd. Khalid Osman, perkara itu sebenarnya sudah jelas seperti digariskan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

“Jika pemilik premis makanan atau minuman mahu mohon sijil halal Jakim bagi beri keyakinan kepada umat Islam, mereka perlu baca manual tersebut yang jelas menyatakan mengenai syarat dan peraturan ketat pensijilan halal.

“Atas sebab itu, apabila ada elemen penyembahan di premis berkenaan, sudah tentu kita tidak akan meluluskan permohonan sijil halal kepada premis berkenaan,” kata Mohd. Khalid ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia malah garis beberapa isu berkaitan alat dan unsur penyembahan iaitu di bawah tajuk keperluan umum dan khusus pensijilan mengikut skim serta pemantauan dan penguatkuasaan.

Objek berhala atau lambang berunsur penyembahan agama yang terletak di kawasan pemprosesan atau dapur juga digariskan di bawah kesalahan besar dan boleh dikenakan tindakan penggantungan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Susulan daripada kesalahan tersebut itu, pegawai pemeriksa perlu mengemukakan kepada Panel Pengesahan Halal untuk keputusan muktamad termasuk boleh dibatalkan sijil halal yang diterima pengusaha premis tersebut.


Semalam, media tempatan melaporkan sebuah restoran makanan India di Little India, George Town, Pulau Pinang didapati sengaja meletakkan tanda logo halal pada risalah menu yang turut memaparkan gambar dewa Hindu.

Kesalahan itu dikesan dalam operasi bersepadu yang dijalankan oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri; Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Pada 2014, Ketua Pengarah Jakim ketika itu, Datuk Othman Mustapha mengesahkan logo halal tidak boleh diguna pada produk yang dipromosikan sempena perayaan agama bukan Islam atau bersama lambang agama bukan Islam.

Tindakan syarikat tertentu guna pembungkusan dengan imej berunsur ketuhanan adalah bertentangan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia di bawah perkara 6.3 Pembungkusan dan Pelabelan. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori