Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tiada Keperluan Panggil Tun...

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan bagi polis memanggil Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK)...

Selangor, Kedah Bakal Berentap...

KUALA LUMPUR - Juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor bakal berentap dengan Juara...

LTdL: ‘Mr Langkawi’ Tekad...

LANGKAWI – Pelumba prolifik Itali, Andrea Guardini sudah cukup bersedia meneruskan kayuhan kemenangannya...

Video Asyik Bergelek, Fasha...

SELEPAS video 'asyik' pelakon Lara Aishah, Fasha Sandha mendapat lebih 350,000 tontonan beberapa...

Tiada Siaran Langsung Bicara Kes Najib – Gobind

KUALA LUMPUR — Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini menolak cadangan supaya perbicaraan kes mahkamah melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disiarkan secara langsung.

Beliau menegaskan perbicaraan itu tidak akan disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Menurutnya, kedua-dua entiti media itu mempunyai siaran yang terhad dengan pelbagai liputan berita dan program yang perlu disiarkan di saluran masing-masing.

“RTM mempunyai saluran terhad, begitu juga Bernama. Kami mempunyai banyak perkara lain untuk dibuat liputan berita di negara ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Gobind Singh mengambil perhatian liputan berita kes mahkamah akan dilakukan seperti biasa oleh dua entiti berita itu sama sepertimana dengan kes mahkamah yang lain.


“Bagi pihak kami, berita (tentang perbicaraan itu) akan dibuat liputan sepertimana yang sentiasa dilakukan dengan kes-kes mahkamah yang lain,” katanya.

Gobind Singh mengulas laporan berhubung cadangan untuk menyiarkan secara langsung kes perbicaraan bekas perdana menteri itu. – BERNAMA

Kategori