Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tak Pernah Sekat...

JITRA - Kewujudan 116,000 pertubuhan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) di negara ini...

Kes Rogol Wanita Penan...

Transparency International-Malaysia (TI-M) menggesa pihak bertanggungjawab supaya membela nasib golongan kanak-kanak dan wanita...

Jalil Dilantik Sebagai Timbalan...

PUTRAJAYA - Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan, Datuk Jalil Marzuki dilantik...

Berita Palsu Cemari Peristiwa...

KUALA LUMPUR - Tanggal keramat 9 Mei, 2018 adalah titik tolak berubahnya hala...

Tiada Sesiapa Terkecuali Daripada Undang-Undang

BANGKOK – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa tiada sesiapa boleh terkecuali daripada undang-undang.

Setiap orang, tidak kira sama ada dia Perdana Menteri yang sedang memerintah atau Perdana Menteri yang telah bersara ataupun raja-raja di Malaysia, mereka semuanya tertakluk kepada undang-undang negara.

“Kami tiada niat hendak membalas dendam kepada sesiapa tetapi semua orang adalah tertakluk di bawah undang-undang, sama ada anda Perdana Menteri yang memerintah atau Perdana Menteri yang telah bersara atau di Malaysia, raja-raja juga tertakluk kepada undang-undang negara,” katanya kepada media Malaysia pada akhir lawatan dua harinya ke Thailand di sini hari ini.

Kerajaan katanya bukan bermain-main.

Mahathir ditanya mengenai banyaknya pertuduhan baru yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Irwan Siregar di mahkamah hari ini. – BERNAMA

Kategori