Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Persoalan Di Sebalik Surat...

KUALA LUMPUR - Nukilan berbentuk nasihat dan puisi dipercayai hasil tulisan pemerintahan tertinggi...

Esscom Cadang Pos Kawalan...

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) telah menyarankan kepada...

Wanita Dakwa Suami Kena...

TULAR kalangan pengguna media sosial mengenai satu imej tangkap layar yang memaparkan seorang...

IPT Barisan Hadapan Terjemah...

SLOGAN Malaysia MADANI baru mencecah usia kira-kira tujuh bulan sejak ia dilancarkan pada...

Tiada Rombakan Kabinet, Tiada Menteri Baharu – Mahathir

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan akan berlaku rombakan dalam barisan menteri Kabinetnya seperti didakwa.

Bagaimanapun, beliau mengakui perkara itu ada dibincangkan sebelum ini.

“Tiada rombakan Kabinet, tiada menteri baru. Saya cakap dengan Kabinet (barisan menteri) mungkin ada tukar sikit portfolio.

“Tapi belum ada lagi (rombakan), itu pun saya belum buat dan belum lakukan, kalau nak buat saya beritahu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan di Perbadanan Putrajaya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas desus mengatakan akan berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat ini.


Terdahulu, dua akhbar berbahasa Cina hari ini melaporkan rombakan Kabinet akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Menurut Oriental Daily dan Sinchew Daily, Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri akan menyertai Kabinet. – Sinar Harian

Kategori