Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Terengganu Gesa Kaji Royalti...

MARANG - Kerajaan negeri akan mengkaji keputusan kerajaan persekutuan memberi royalti 20 peratus...

Kementerian Pertahanan Jamin Kepentingan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan memberi jaminan kepentingan pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera...

Bapa, Anak Warga Australia...

JOHOR BAHRU - Pasangan bapa dan anak warga Australia maut selepas kenderaan dinaiki...

Tunku Abdul Jalil, Definisi...

PEMERGIAN putera raja berjiwa rakyat, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim...

Tiada Rancangan Tubuh RCI Siasat FELDA

KUALA LUMPUR – Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hari ini menegaskan adalah salah untuk menyatakan Majlis itu mempersetujui penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu berkaitan Felda.

CEP menyatakan demikian menerusi satu kenyataan hari ini susulan laporan portal berita bahawa Majlis itu telah memberi lampu hijau kepada penubuhan suruhanjaya diraja itu.

Ia menjelaskan dalam pertemuan dengan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), CEP mengambil maklum perkara yang dibangkitkan Anak bahawa penubuhan RCI bagi menyiasat isu berkaitan Felda terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan.

“Bagaimanapun, bukanlah dalam bidang kuasa Majlis untuk membuat keputusan berkaitan pekara itu. Oleh itu, adalah kurang tepat untuk menyatakan Majlis ini mempersetujui penubuhan RCI,” jelas kenyataan itu.

Pengerusi Anak, Mazlan Aliman memberi taklimat kepada CEP berhubung isu yang didakwa melanda Felda. – MYNEWSHUB.CC

Kategori