Tiada Perubahan Kepimpinan Tertinggi Dalam SPRM

KUALA LUMPUR – SPRM menafikan laporan berita yang mendakwa akan berlaku perubahan di dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berkata, perubahaan itu didakwa atas sebab Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki yang yang telah cuti sakit baru-baru ini.

“Laporan tersebut tidak berasas langsung dan tidak patut.

“Azam telah keluar dari hospital dan telah datang ke pejabat hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, Azam dijangka akan menyambung semua tugas rasmi dalam SPRM bermula 22 Ogos depan.

Terdahulu, terdapat sebuah portal melaporkan terdapat perubahan melibatkan kepimpinan tertinggi SPRM susulan cuti sakit yang diambil Azam.