Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penguat Kuasa KPDNKK Di...

PUTRAJAYA – Pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan...

Bacelor Perakaunan UPM Dapat...

LONDON, 3 Jun - The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) UK telah menyambung pengecualian akreditasi bagi Program Bacelor Perakaunan Universiti Putra Malaysia (UPM) selama lima tahun lagi bermula 1 Januari 2021 hingga 2025.

PRN Sarawak: Mencongak Sentuhan...

CERITA peminat politik Sarawak kini bukan lagi soal siapa menang, tetapi kini lebih...

Jho Low Tinggalkan Macau...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa ahli perniagaan yang dikehendaki...

Tiada Perjanjian Mahathir Cuma PM 2 Tahun – Saifuddin

KUANTAN – Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin Abdullah hari ini berkata, tempoh Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.

Sebaliknya kata Menteri Luar itu, PH cuma membuat keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diangkat ke jawatan tersebut selepas Mahathir.

“PH cuma mempunyai keputusan dan perjanjian bahawa selepas Tun M (Mahathir),  Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah perdana menteri seterusnya. Kita tidak bincangkan tempoh kerana mereka saling memahami.

“Mereka (Mahathir dan Anwar) juga adalah tokoh besar yang seharusnya dapat menentukan waktu terbaik untuk peralihan kuasa dan sebagainya,” katanya ketika ditanya sama ada wujud perjanjian konkrit  Mahathir hanya jadi perdana menteri selama dua tahun.

Saifuddin yang juga Anggota Parlimen Indera Mahkota ditemui pemberita selepas beramah mesra dan memberikan motivasi kepada pelajar Tingkatan Enam semester dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Astana, di sini.

Isu peralihan kuasa itu kembali timbul selepas beberapa perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang berbahas pada perhimpunan agung parti hujung minggu lalu mengusulkan agar Mahathir dibenar berkhidmat satu penggal penuh.

Sementara itu, mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, Saifuddin berkata, keputusan mengenai parti yang akan bertanding akan dibuat pada mesyuarat Majlis Presiden, Jumaat ini.


Beliau berkata, lazimnya PH akan membenarkan parti yang sama bertanding namun PRK Cameron Highlands agak berbeza kerana PH tidak ada rekod menang di situ.

Kerusi tersebut sebelum ini ditandingi DAP.

Pada masa sama, Saifuddin berkata tiada permintaan daripada parti komponen lain untuk bertanding di kerusi berkenaan.

PRK Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Oktober lalu, membatalkan kemenangan calon BN Datuk C. Sivarraajh selepas berpuas hati wujud unsur rasuah untuk mendapatkan undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK itu diadakan pada 26 Januari manakala 12 Januari ditetapkan sebagai tarikh penamaan calon. – BERNAMA

Kategori