Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Ahli Parlimen Pembangkang Berbaju...

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang hari ini, mengenakan baju Melayu putih ketika menghadiri...

4 Bot Nelayan Langgar...

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim (DM) 3 Lumut menahan...

Apple IPhone 6 Plus...

Apple iPhone 6 dan iPhone 6 Plus telah dilancarkan semalam dan dengan pelancaran...

Ringgit Dijangka Terus Mengukuh...

KUALA LUMPUR - Ringgit dijangka terus berada dalam lingkungan mengukuh minggu depan, didorong...

Tiada Pelan Induk Untuk Kaum India Di Negara Lain

KUALA LUMPUR – Apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk masyarakat India negara ini tidak pernah berlaku di negara-negara minoriti India lain.

Ketua Pemuda MIC, Datuk C.Sivarraajh berkata, tiada negara lain mewujudkan pelan induk untuk pembangunan kaum minoriti mereka seperti dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk masyarakat India Malaysia.

Justeru, katanya, tidak salah Najib dianggap sebagai Bapa Pembangunan Kaum India negara ini kerana dia adalah Perdana Menteri yang paling banyak memberi bantuan untuk kaum India di Malaysia.

“Sehingga kini, Perdana Menteri telah menyediakan peruntukan untuk sekolah Tamil, skim pembiayaan mikro, bantuan pendidikan tinggi, dana keusahawanan, malah melancarkan pelan induk untuk kaum India

“Ini kali pertama komuniti India di Malaysia mempunyai pelan khusus yang direka untuk mereka sebagai sebahagian agenda pembangunan nasional,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Sivarraajh membidas Timbalan Ketua Menteri II yang juga pemimpin DAP, Profesor Dr. P.Ramasamy kerana mengkritik sumbangan kerajaan kepada masyarakat India sejak Najib menjadi Perdana Menteri.

Kata beliau, Ramasamy sepatutnya bertanya kepada DAP apa yang partinya telah lakukan untuk masyarakat India termasuk yang terkandung dalam deklarasi Gelang Patah oleh pembangkang empat tahun lalu.

“Apakah yang telah berlaku dengan deklarasi itu khususnya di Pulau Pinang dan Selangor,” soal Sivarraajh.

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak terkejut pembangkang mengkritik sumbangan Najib untuk masyarakat India kerana mereka tidak dapat mencari suara yang boleh dipercayai untuk mewakili kaum India.


“Adakah akan terdapat satu lagi pengisytiharan oleh Pakatan Harapan dan DAP untuk menarik pengundi India menjelang pilihan raya akan datang,” soalnya lagi.

Antara inisiatif Najib untuk kaum India:

1. Dana RM20 juta untuk pendidikan tinggi sebagai mekanisme pendanaan Khas melalui Yayasan Indus.

2. Dana pusingan RM500 juta dan RM1.3 bilion telah dibelanjakan dalam dana untuk membantu usahawan India.

3. Kewujudan sekretariat khas untuk memperkasakan usahawan India di bawah Jabatan Perdana Menteri.

4. RM900 juta telah diperuntukkan bagi sekolah vernakular Tamil sejak Najib menjadi Perdana Menteri. – MYNEWSHUB.CC

Kategori