Tiada Pegawai, Anggota Polis Positif Covid-19 – KPN

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa tiada pegawai dan anggota agensi itu disahkan positif Covid-19 setakat ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, sejumlah 43 pegawai yang disyaki dijangkiti virus itu sebelum ini masih dikuarantin di rumah masing-masing.

“Perkara itu melibatkan tujuh pegawai kanan, 34 pegawai rendah selain dua pegawai awam,” katanya dalam sidang akhbar khas di Bukit Aman.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik, bermaksud wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas merentasi sempadan malah hingga ke seluruh dunia.

Sebanyak 120 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 673 kes.

Malaysia mencatat dua kematian pertama akibat wabak Covid-19 hari ini membabitkan kes ke-178 iaitu seorang lelaki berumur 34 tahun dan kes ke-358 iaitu seorang lelaki berumur 60 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik.

Loading...