Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

4 Lelaki Menyamar Pegawai...

PUTRAJAYA - Empat individu yang masing-masing menyamar sebagai pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Pemimpin Pembangkang Perlu Dedah...

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin pembangkang merahsiakan status pemilikan dua kewarganegaraan merupakan satu...

2 Petinju Terkuat Dunia...

WASHINGTON DC - Nampaknya aksi tinju perlawanan 'mega abad ini' antara Flyod Mayweather...

Malaysia Ada Pengalaman Tangani...

PUTRAJAYA - Malaysia mempunyai kapasiti untuk menangani kes koronavirus dengan sejarah kejayaan cemerlang...

Tiada Paksaan Atlet Tutup Aurat – Syed Saddiq

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak melarang mana-mana atlet berpakaian menutup aurat atau mengenakan pakaian patuh syariah, kata Menteri Belia dan Sukan.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kerajaan bagaimanapun terbuka untuk mengalu-alukan semua pihak memberi nasihat kepada atlet berhubung perkara tersebut.

“Menjawab pertanyaan khususnya dari segi patuh syariah, pendirian rasmi kerajaan kalau ada mana-mana pihak ingin menasihati (atlet untuk tutup aurat) itu tidak ada masalah, tapi untuk memaksa atlet-atlet kita untuk memakai mengikut syariah itu terletak ditangan mereka (atlet),” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pertanyaan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) yang bertanyakan sama ada kerajaan mahu memperkenalkan pakaian patuh syariah kepada atlet wanita.

Syed Saddiq berkata kerajaan kini tidak lagi memusatkan kuasa hanya di bawah Majlis Sukan Negara kerana negeri juga berhak membuat keputusan dalam usaha pembangunan sukan.

“Kita telahpun dikembalikan semula di peringkat negeri, termasuk kepada Terengganu dan Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan masing-masing,” katanya.


Sebelum ini, kerajaan Kelantan memperkenalkan kod etika patuh syariah kepada atlet beragama Islam.

Langkah itu diikuti kerajaan Terengganu di bawah pimpinan PAS di. Kod pakaian patuh syariah bermula tahun depan di mana pemain bola sepak yang mewakili negeri itu dalam pelbagai pasukan akan mengenakan pakaian menutup aurat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pengenaan pakaian sukan patuh syariah itu hanya digalakkan kepada pemain bola sepak beragama Islam manakala tiada paksaan kepada mereka yang bukan Islam. – FMT

Kategori