Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Telco Boleh Tawar Harga...

Kuala Lumpur : Kadar harga Pakej Internet Perpaduan yang diumumkan kerajaan hanyalah garis...

Jangan Terlalu Cepat Menghukum...

KUANTAN - Pemberian zakat kepada golongan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) tidak...

Sultan Kelantan Berkenan Saksikan...

BACHOK - Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan menyaksikan Pertandingan Menembak Mahabbah Sempena...

Kurung Dalam Sangkar Kecil,...

PUSAT pemuliharaan haiwan seringkali menjadi perhatian gara-gara pelbagai cerita kurang enak membabitkan penganiayaan...

Tiada Masalah Isytihar Harta – Zahid Hamidi

KUALA NERUS – Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersedia mengisytiharkan harta dan pemilikan sebelum pemilihan UMNO yang dijadualkan pada 30 Jun ini.

Ahmad Zahid bakal bersaing dengan Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin serta empat lagi calon untuk merebut jawatan Presiden UMNO pada pemilihan itu.

Kesediaan Anggota Parlimen Bagan Datok itu berbuat demikian dilihat mengikut jejak langkah dua calon yang bakal bertanding bagi jawatan tersebut iaitu Tengku Razaleigh dan Khairy yang sedia berbuat demikian bagi menunjukkan ketelusan dan tidak terlibat dalam skandal rasuah.

“Takpe (tidak mengapa)… kita ikut… tiada masalah… tidak ada yang perlu disembunyikan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Hari Raya Badan Perhubungan UMNO Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.


Turut hadir pada majlis itu beberapa calon yang akan bertanding pada pemilihan itu termasuk Datuk Mohamad Hassan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, Datuk Seri Annuar Musa, Datuk Ahmad Maslan dan Datuk Johari Ibrahim.

Tengku Razaleigh atau Ku Li sebelum ini bersedia membuat pengisytiharaan itu bagi membuktikan beliau tidak pernah melakukan salah guna kuasa dan rasuah serta untuk dibuat perbandingan oleh ahli parti.

Veteran UMNO itu juga turut menyarankan semua calon-calon yang akan bertanding dalam pemilihan UMNO kelak untuk apa jua jawatan perlu diperiksa bagi memastikan tidak ada calon yang terlibat dalam gejala rasuah. – BERNAMA

Kategori