Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Subaru Forester STi, Beberapa...

Subaru telah mendedahkan beberapa imej teaser yang menggambarkan model 2015 Forester STi yang...

Isteri Rakam Detik Diri...

Philadelphia (Amerika Syarikat) - Seorang wanita yang mati ditembak ketika pergaduhan dengan suaminya...

Saifuddin Abdullah Umum Sertai...

PETALING JAYA - Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah pada...

Pekema: Mansuh AP Jejas...

KUALA LUMPUR - Pemansuhan permit import (AP) bukan sahaja akan memberi kesan negatif...

Tiada Makanan Jika Gagal Mengemis RM100 Sehari

IPOH – Bukan hanya dikerah perlu mengemis lebih 10 jam sehari, malah mangsa eksploitasi kerja paksa atau pengemis juga tidak akan diberi makan jika gagal mengutip derma RM100 sehari.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata semua itu diakui oleh lima mangsa warga Thailand berumur antara 18 dan 28 tahun yang diselamatkan dalam Op Pintas/Pengemis di sini, semalam.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati, semua mangsa mengaku meminta derma di kawasan Ipoh dan bazaar Ramadan konon untuk membangunkan sebuah masjid di Naratiwat, Thailand.

“Waktu mangsa mengutip derma bermula 6.30 pagi hingga 5 petang pada hari biasa dan sepanjang Ramadan dari 6.30 pagi hingga 7 malam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kesemua mangsa dibawa masuk ke negara ini oleh seorang lelaki warga Thai berumur 36 tahun yang bertindak sebagai penjaga mereka bersama seorang lelaki dikenali sebagai Ustaz atau Pok Teh melalui Padang Besar, Perlis.

Merekan pada kebiasaan berada di Ipoh lebih kurang 11 bulan. Tian Kee berkata, dalam operasi itu seorang daripada mangsa diselamatkan di kawasan Gunung Rapat di sini kira-kira 3.30 petang.

“Polis merampas pelbagai barang daripada mangsa antaranya beg silang, fail mengandungi dokumen aktiviti meminta derma, telefon bimbit, wang tunai RM60 dan mata wang baht Thai sebanyak 200,” katanya.


Tian Kee berkata bertindak hasil maklumat mangsa tersebut, pihaknya membuat pemerhatian di Bazar Ramadan Taman Perpaduan Tambun dan ternampak seorang lelaki disyaki sedang mengutip derma.

“Kira-kira 9.50 malam, polis buat serbuan di sebuah rumah di Lorong Sungai Choh, Taman Tanjung Damai, Tanjung Rambutan yang disyaki tempat tinggal mangsa dan menyelamatkan empat lelaki warga Thai dalam satu bilik,” katanya.

Tian Kee berkata pihak polis turut merampas pelbagai barangan termasuk sebuah kereta jenis Volvo, wang tunai RM924, lima telefon bimbit, empat buku catatan hasil kutipan derma, lima pasport serta tiga resit kutipan masjid Nurul Huda selain menahan penjaga berkenaan.

Kesemua mangsa diselamatkan di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) manakala suspek disiasat mengikut Seksyen 12 ATIPSOM 2007. – BERNAMA

Kategori