Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

SPRM Siasat Jabatan Perhutanan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan serbuan serentak di beberapa lokasi...

Gambar Oppo N3 Dengan...

Oppo dijangka akan memperkenalkan sebuah telefon pintar baru pada bulan Oktober ini, dan...

Maritim Malaysia Gerakan Aset...

KUDAT - Operasi mencari dan menyelamat empat mangsa yang dilaporkan hilang ketika dalam...

Gaji RM2,700 Tak Jadikan...

KONGRES Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencabar Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) membuktikan dakwaannya mengatakan...

“Tiada Majlis Besar, Akad Nikah Di Rumah Saja”

KUALA LUMPUR – Pelakon Nora Danish memberitahu tiada sebarang majlis besar-besaran untuk meraikan perkahwinan dia dengan Nedim Nazri, sebaliknya ia sekadar akad nikah di rumah sahaja.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 36, berkata, dia tidak akan membuat sebarang sidang media untuk menguar-uarkan tentang perkahwinan mereka kepada umum.

“Insya-Allah, saya tidak mahu cakap bila (kahwin) kerana perkara ini sudah berkali-kali saya kata nak kahwin dan tidak juga jadi. Kalau kali ini jadi, saya tidak akan buat sebarang sidang media kerana tiada majlis besar-besaran.

“Cukuplah akad nikah sahaja secara kecil-kecilan yang berlangsung di rumah, tiada majlis pertunangan dan sebarang hantaran,” ujarnya kepada mStar Online.

Nora ditemui pada majlis pelancaran portal membeli-belah Haqqi yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt, di sini, Selasa.

Dia mengulas selepas disoal tentang perancangan tahun 2017 dalam kerjaya dan hal peribadinya.

Sementara itu, tambah Nora, dia akan memberitahu dan berkongsi tentang perkara itu jika sampai masanya nanti.


Selain itu, Nora yang melancarkan koleksi pakaian muslimah eksklusif untuk portal Haqqi mengakui mempunyai niat untuk menutup aurat dan berhijab.

Katanya, dia perlu membuat persediaan yang secukupnya sebelum mengambil keputusan ke arah itu.

“Sejak saya menceburi bidang perniagaan tudung, jubah dan baju muslimah beberapa tahun lalu, sudah ada niat untuk ke arah itu (bertudung).

“Cuma saya tidak mahu menjadi antara orang yang tidak istiqamah iaitu pakai dan buka, perkara ini adalah sesuatu yang sangat sensitif. Insya-Allah saya akan berubah menjadi yang lebih baik,” ujarnya. – mStar Online

Kategori