Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Marah Tidak Naik Gaji,...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas juruwang memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa dia...

Bila Masjid Brinchang Dapat...

KUANTAN - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berharap kerajaan dapat meluluskan projek pembinaan...

PRK DUN Semenyih: UMNO...

UMNO disaran supaya menampilkan calon muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

Anggota Tentera Mengusung Jenazah...

SEPANG - Walaupun sudah berkali-kali membuat latihan, namun anggota 12 Briged Infantri yang...

Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terlibat Insiden Tembakan

PUTRAJAYA – Kementerian Luar hari ini berkata tiada laporan menyatakan rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di bandar raya Orlando, Amerika Syarikat, yang mengorbankan 50 orang.

“Laporan awal menyatakan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden itu,” kata kementerian dalam kenyataan di sini.

Malaysia juga mengutuk sekeras-kerasnya kejadian tembakan itu, yang turut mencederakan 53 orang lagi.

“Kerajaan Malaysia mengucapkan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Amerika Syarikat, terutamanya kepada keluarga mangsa yang terlibat,” kata Wisma Putra.

Menurut kementerian, Kedutaan Besar Malaysia di Washington akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa di Florida untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden itu.


Seorang lelaki menembak mati 50 orang dan mencederakan 53 yang lain di sebuah kelab malam gay di Orlando pada awal Ahad, dengan pihak berkuasa menganggapnya sebagai insiden tembakan terburuk di Amerika Syarikat sejak serangan 11 September 2001. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori