Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pasangan Magik Malaysia Diiktiraf...

MEMBANGGAKAN... Dua rakyat Malaysia melakar sejarah apabila berjaya mendapat pengiktirafan Guinness World Records...

Pasar Tani Kekal FAMA...

KULIM - Pasar Tani Kekal FAMA (PTKF) Kulim di Tapak Keda Mall yang...

Pemimpin G7 Kutuk Ujian...

ISE-SHIMA (Jepun) - Para pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengutuk sekeras-kerasnya ujian nuklear Korea...

Kes Buli: Pelajar Sekolah...

IPOH : Kerajaan negeri menunggu laporan penuh berhubung siasatan kes buli di sebuah...

Tiada Laporan Berhubung Audio Perbualan Mirip Zahid, Anwar

ARAU – Rakaman audio perbualan didakwa mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersebar, hanya akan disiasat sekiranya terdapat laporan dibuat mengenainya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pada masa ini pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau CyberSecurity Malaysia, belum menerima laporan berhubung perkara itu.

“Kita tunggu, kalau ada laporan dibuat, biasanya kes-kes seperti ini akan disiasat di bawah CyberSecurity, setakat saya tahu belum ada laporan dibuat kepada kami.

“Tak semudah itu (untuk mengambil tindakan kepada penyebar), kalau ada laporan kita akan siasat,” katanya kepada pemberita sebelum majlis mengadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, di Istana Arau di sini hari ini.

Saifuddin diminta mengulas mengenai rakaman audio berdurasi 4 minit 17 saat yang tular dalam media sosial, yang antara lain memaparkan suara mirip Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang lalu, menerusi panggilan telefon.


Dalam pada itu, mengenai kunjungan hormat beliau mengadap Raja Perlis itu, Saifuddin berkata, antara topik yang dibincangkan bersama Tuanku Syed Sirajuddin ialah berkaitan kesalinghubungan Internet dan perkembangan ekonomi digital.

“Saya mendapat maklum Tuanku Raja Perlis memang sangat berminat bukan saja soal kesalinghubungan, tetapi juga kemajuan Perlis dari segi ekonomi digital,” katanya.

Saifuddin berkata, beliau juga memohon titah nasihat daripada baginda mengenai perkara yang boleh ditambah baik di Perlis, terutama hal-hal yang menjadi tanggungjawab kementerian itu dan agensi di bawahnya. – BERNAMA

Kategori