Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penguatkuasaan Terhadap Aktiviti Perjudian...

KUANTAN – Menteri Besar mengingatkan penguatkuasa supaya tidak mudah berpuas hati dengan tindakan...

Saran Umat Islam Contohi...

KANGAR - Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Aibidin menyaran umat...

Isu Potong Barisan Vaksin,...

KUALA LUMPUR - Pelakon Datin Paduka Eina Azman memohon maaf kepada semua pihak...

Belum Ada Arahan Sekatan...

KERAJAAN Arab Saudi belum mengeluarkan arahan rasmi untuk menggantung sementara kemasukan jemaah Malaysia...

Tiada Lagi Tuduhan Gangguan Air Disabotaj BN

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak lagi boleh mengguna alasan masalah gangguan bekalan air di Lembah Klang akibat sabotaj oleh Barisan Nasional (BN) kerana mereka kini telah memegang pemerintahan Kerajaan Persekutuan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebelum Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) BN akan dituduh melakukan sabotaj hampir tiap-tiap kali berlakunya gangguan bekalan air di Lembah Klang terutamanya di Selangor.

“Tuduhan-tuduhan ini diulangkan oleh PH setiap tahun sehingga kali terakhir pada bulan Mac 2018 sebelum PRU14. Cuba tengok tarikh-tarikh dalam gambar yang saya lampirkan.

“Selepas PRU14, PH tak boleh tuduh BN lagi kerana mereka telah memegang kerajaan persekutuan,” kata Najib dalam hantaran di Facebooknya.

Malah kata beliau, gangguan bekalan air menjadi lebih kerap selepas PRU14 dan kali ini PH tersangkut kerana tidak boleh lahi menyalahkan BN.

“Kini PH hanya boleh membeli alasan bahawa gangguan air ini adalah perkara biasa kerana pencemaran di Selangor adalah perkara biasa,” katanya.

Lembah Klang berhadapan dengan gangguan bekalan air Jumaat lalu akibat daripada masalah pencemaran yang berlaku di Sungai Selangor.


Pencemaran bau ini merupakan kali kedua berlaku dalam tempoh kurang sebulan serta kali ketiga pada tahun ini.

Pada bulan lalu, Syabas turut juga telah melaksanakan henti tugas di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih akibat daripada masalah pencemaran ini.

Pada bulan Mac pula, bekalan air di negeri ini turut sama dihentikan akibat daripada kesan pencemaran di Sungai Klang.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli yang juga Anggota Parlimen Kuala Langat pula mengakui pencemaran air di sungai-sungai di Selangor adalah perkara biasa serta kerajaan sukar untuk memantau perkara itu. – UTUSAN ONLINE

Kategori