Tiada Lagi Penjualan Nombor Pendaftaran Khas

PUTRAJAYA – Tiada sebarang penjualan nombor pendaftaran khas akan dibenarkan selepas 31 Disember ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan hari ini berkata, sejak 2010, pihaknya sudah meluluskan nombor pendaftaran khas kepada beberapa persatuan, yayasan, syarikat, badan kebajikan serta agensi kerajaan, antaranya SAS 2-9999, PATRIOT 1-9999, RIMAU 1-9999, NBOS 1-9999 dan NAAM 1- 9999.

Menurut kenyataan itu, pihaknya sudah mereka memberikan tempoh yang cukup untuk menjual dan menguruskan nombor pendaftaran khas ini.

“Sehubungan itu, orang awam adalah dinasihatkan untuk menyelesaikan segala urus niaga berkaitan pendaftaran nombor khas sebelum atau pada 31 Disember ini.

“Ini adalah bagi mengelakkan daripada sebarang masalah timbul sewaktu proses pendaftaran,” katanya. – myMetro Online