Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

IKEA Cadang Buka Gedung...

KUALA LUMPUR - Syarikat perabot gergasi Sweden, IKEA merancang untuk membuka gedung ketiganya...

Kru Feri Cedera Dipukul...

GEORGE TOWN - Seorang kru feri cedera dipukul sekumpulan lelaki semasa feri Pulau...

Oscar Pistorius Kembali Dituduh...

HANYA sebulan selepas dibebaskan daripada tuduhan membunuh kekasihnya, atlet Olimpik dan Paralimpik, Oscar...

MCA Tidak Pernah Minta...

PORT DICKSON - Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa MCA pernah meminta...

Tiada Lagi Penggunaan Nama ‘Malacca’ – Kerajaan Negeri

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka hari ini memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka telah memutuskan nama ‘Malacca’ yang lazim digunakan dalam Bahasa Inggeris tidak lagi diguna pakai sebaliknya digantikan dengan nama ‘Melaka’.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Naim Abu Bakar berkata sehubungan itu semua akhbar dan media sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris atau lain-lain bahasa hendaklah menggunakan nama ‘Melaka’ dalam penulisan atau sebutan pada setiap penerbitan mereka.

“Penyelarasan ini adalah bertujuan untuk menyeragamkan penggunaan nama ‘Melaka’ sama ada dalam bentuk penulisan atau sebutan dalam semua media khususnya yang berbahasa Inggeris,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri berharap penyelarasan penggunaan nama Melaka ini dihebahkan kepada semua pihak yang terlibat dan kerjasama pihak media dalam menyokong penggunaan nama Melaka amat disanjung tinggi dan dihargai oleh Kerajaan Negeri Melaka. – BERNAMA

Kategori