Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Peguam Najib Bantah Buletin...

KUALA LUMPUR - Peguam bela utama kes penyalahgunaan dana SRC International, Tan Sri...

Kes COVID-19 Kembali Lebih...

PUTRAJAYA - Jumlah kes harian COVID-19 kembali melebihi 20,000 apabila 20,780 kes baharu...

Tunku Ismail Berkenan Kacau...

BATU PAHAT – Lokasi terakhir yang menjadi persinggahan konvoi Diraja Kembara Mahkota Johor...

Unjuran Korban COVID-19 Di...

WASHINGTON - Amerika Syarikat berdepan dua unjuran senario angka korban akibat COVID-19 iaitu...

Tiada Kes Pelajar Universiti Dalam Macau Scam Di Johor

JOHOR BAHRU – Polis Johor hari ini berkata tiada pelajar universiti di negeri ini yang didapati terlibat atau menjadi alat sindiket penipuan komersil seperti ‘Macau Scam’.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd ketika mengesahkan perkara itu berkata setakat ini, tiada laporan dibuat atau diterima dari mana-mana pihak berkaitan tersebut.

“Johor setakat ini, kita belum ada sebarang maklumat berkaitan kes yang timbul (berkaitan pelajar) tetapi kita sudah ingatkan (masyarakat) agar jangan mudah percaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Bahru, di sini hari ini.

Meskipun begitu, Mohd Khalil menyatakan kekecewaan beliau mengenai masih ramai yang tidak mengambil berat tentang bahayanya sindiket penipuan walaupun pihaknya telah berkali-kali memberi peringatan selain turut menasihatkan ibu bapa agar lebih peka terhadap tindak-tanduk anak-anak.

“Saya hendak nasihatkan lagi, kita polis Johor tiap-tiap hari kita post di Facebook berkaitan ‘penipuan’ ini untuk beri pendidikan tetapi saya tengok tiada yang baca dan komen, jadi dari situ kita tahu orang ramai tidak mengambil serius perkara ini.

Bila sudah jadi mangsa, baru hendak jadikan isu, sedangkan mereka sendiri tidak serius dalam menjaga diri sendiri, jadi semua pihak perlu memainkan peranan, jadi semua pihak perlu beri penerangan kepada anak-anak dan anak-anak perlu rujuk kepada ibu bapa, guru dan pensyarah Jangan terus percaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berita yang memetik kenyataan polis Selangor hari ini mengenai golongan pelajar universiti antara paling ramai di negeri itu yang menjadi alat sindiket penipuan komersial dengan membenarkan nama mereka digunakan untuk membuka akaun bank bagi tujuan penipuan seperti ‘Macau Scam’.

Dalam perkembangan lain, Mohd Khalil berkata program diskaun pembayaran saman Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan dipertimbangkan untuk dilakukan di daerah-daerah lain bagi memberi kemudahan orang ramai terutama di luar Johor Bahru untuk membayar saman.


Bagaimanapun, ia memerlukan kebenaran Bukit Aman sebelum ia boleh dilaksanakan.

Mohd Khalil berkata sambungan orang ramai terhadap kempen bayaran yang bermula semalam itu amat memberangsangkan sehinggakan nombor giliran (1,000 nombor dikeluarkan) semalam terpaksa disambung hari ini berikutan tidak cukup masa.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor SAC Kamaluddin Kassim berkata kes pergaduhan sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki berusia 21 tahun di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dekat Skudai, dianggap sudah selesai.

“Kita dah dakwa kesemua suspek, tiada tangkapan baru. Kita sudah tangkap 15 orang dan kita tuduh 14 orang ini di mahkamah baru-baru ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori