Tiada Kes Kawasaki Jangkiti Kanak-Kanak Di Malaysia

PUTRAJAYA – Tiada kes penyakit Kawasaki yang menjangkiti kanak-kanak positif COVID-19 di Malaysia setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, sindrom penyakit itu bukanlah kebiasaan tetapi masyarakat perlu mengelakkan jangkitan terbabit kepada kanak-kanak dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Katanya, ia bermakna mematuhi S atau syarat ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), O mewaklili orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya perli dilindungi manakala P membabitkan penjarakan sosial yang perlu diamalkan setiap masa iaitu sekurang-kurangnya satu meter.

“Pencegahan adalah lebih baik, kalau boleh kita cegah daripada kanak-kanak dijangkiti dengan mematuhi dan mengamalkan SOP dalam kehidupan seharian,” katanya pada sidang media harian, di sini hari ini.

Loading...