Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penganggur Ragut Beg Tangan...

AMPANG JAYA – Penganggur berusia 23 tahun terima padah selepas ditahan polis gara-gara...

Mesyuarat Khas SPR Bincang...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 13...

Penjawat Awam Sarawak Nikmati...

MIRI - Sarawak mengumumkan kenaikan satu tangga gaji tahunan untuk lebih 20,000 penjawat...

Cubaan Edar Dadah Tumpas...

LANGKAWI - Rancangan seorang lelaki untuk meraih puluhan ribu ringgit dengan menjual dadah...

Tiada Keperluan UMNO Sertai BERSATU

KANGAR – Tiada keperluan untuk UMNO menyahut seruan Pengerusi BERSATU, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyertai BERSATU, kerana penyatuan UMNO-PAS sudah cukup kuat untuk mengukuhkan perpaduan Melayu di negara ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, UMNO akan membina kekuatan sendiri bersama PAS dan tidak akan menoleh ke belakang lagi untuk menjayakan penyatuan ummah.

Menurutnya, UMNO juga sudah tawar hari untuk menjalin sebarang ikatan dengan parti yang ‘lahir’ dari rahim UMNO itu.

“Perpecahan dan kesusutan pengaruh politik bangsa Melayu bermula sejak Mahathir tubuhkan Bersatu. Orang Melayu sedar BERSATU tidak berupaya menjadi jurucakap sebenar kerana itulah mereka tidak berbondong-bondong sertai BERSATU,” katanya.

Malah ADUN Rantau itu turut mempersoal siapa sebenarnya yang bertanggungjawab memecah belahkan Melayu sebelum ini.

“Kami bahagia melihat kerjasama UMNO-PAS ini, di bawahnya Melayu sudah bersatu. Di kampung-kampung, semua bersatu bawah penyatuan dua parti ini. Buat apa lagi tawar kepada kita, kita sudah tawar hati,” katanya, ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kangar, di Dewan 2020, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar merangkap Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Seri Azlan Man; serta Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya.

Semalam, Dr. Mahathir mempelawa semua parti politik Melayu menyertai BERSATU bagi menguatkan kuasa politik kaum itu.

Beliau dilaporkan berkata, ia penting kerana parti politik Melayu kini berpecah kepada enam.

Mohamad berkata, UMNO harus meneruskan islahnya mengukuhkan kerjasama politik dengan PAS, kerana ia diasaskan bukan untuk kepentingan politik sebaliknya atas wadah kesatuan ummah demi kelangsungan Melayu dan kemakmuran negara.


“UMNO-PAS akan membentuk kekuatan politik Melayu yang tidak pernah terjelma sebelum ini. Ia akan menjadi tsunami yang bukan sahaja ‘menelan’ BERSATU, malah Pakatan Harapan (PH). UMNO akan meneruskan rencananya bersama PAS dan buktikan strategi politik itu lebih ampuh,” katanya.

Menurutnya, penyatuan ummah UMNO-PAS bakal menyebabkan kerajaan PH hilang kuasa pada pilihan raya akan datang.

“BERSATU, Amanah awal-awal lagi ‘jalan’ kalau UMNO dan PAS bergabung. Saya yakin kita akan kembali rampas Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Johor manakala Perlis, Pahang, Kelantan dan Terengganu tidak ada masalah untuk kekal,” katanya.

Secara seloroh, Mohamad menyifatkan BN seperti pasukan bola yang menjuarai 13 kali kejohanan dan apabila tewas sekali, tiada masalah untuk bangkit semula.

Dalam perkembangan lain, katanya, UMNO harus tampilkan calon disukai rakyat pada PRU15, dan bukan lagi memilih calon digemari pemimpin tertentu.

“Jika kita jadikan ia panduan pada masa depan, sekurang-kurangnya formula itu bantu kita capai 50 peratus kemenangan parti. Hendak menang pilihan raya, mesti pilih calon diterima rakyat, bukan pilih calon yang kita (pemimpin) suka. Kalau rakyat suka, 50 peratus kerja kita sudah selesai,” katanya.

Menurutnya, sehubungan itu pemimpin hendaklah sentiasa berdamping dengan rakyat.

“Kalau kita suka, rakyat tidak suka, itu yang terpaksa bertungkus lumus nak menang. Nak bagi rakyat suka bukan susah, kita mesti selalu bersama mereka,” katanya. – Sinar Harian

Kategori