Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Projek Rapid Berjalan Lancar...

JOHOR BAHARU - Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak Petrokimia (RAPID) Pengerang berjalan lancar...

Putera Arab Saudi Tak...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa seorang putera Arab Saudi tidak...

Perdana Menteri Tiba Di...

PHNOM PENH - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Kemboja...

Najib Nekad Jumpa Anak...

SHAH ALAM - Keperitan hidup pencuci kereta jalanan yang tular di media sosial...

Tiada Keperluan Tubuh BPS Di P.Pinang – Zainal Abidin

BUTTERWORTH – Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang hari ini mempersoalkan penubuhan Badan Pasukan Sukarela (BPS) oleh kerajaan negeri pimpinan DAP bagi menguruskan hal ehwal keselamatan komuniti di negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata penubuhan badan seumpama itu tidak perlu memandangkan pasukan keselamatan sedia ada sudah mencukupi untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

“Saya tidak faham apa motif ketua menteri (Lim Guan Eng) beria-ia sangat nak wujudkan pasukan keselamatan sendiri ini. Saya harap beliau tidak wujudkan pasukan askar sendiri pula,” katanya.

Terdahulu Zainal Abidin yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri menghadiri sesi ramah mesra bersama penyelia, guru besar dan penyelaras sekolah Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) dan pegawai penyelaras masjid daerah, di sini hari ini.

Sabtu lepas, Lim melancarkan penubuhan BPS bahagian pulau dan semalam pasukan itu dilancarkan di Seberang Perai.


BPS berperanan menguruskan hal ehwal keselamatan komuniti bagi mewujudkan persekitaran kejiranan yang selamat dan bersatu padu.

Sebelum ini, kerajaan DAP Pulau Pinang mempunyai Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ditubuhkan pada 2009 dan diisytihar haram pada Nov 2014 kerana tidak mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Zainal Abidin turut mempersoalkan mengenai proses saringan dan tapisan dijalankan terhadap anggota BPS dalam memastikan setiap anggota bebas daripada rekod jenayah dan kumpulan gengster. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori