Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Anwar Tiada Hajat Bina...

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak berhajat untuk membina mercu...

Kebakaran: Wanita Cedera Rumah...

KOTA KINABALU - Wanita melecur di tangan dan muka dalam kebakaran membabitkan rumah pekerja...

Anda Bijak? Cuba Jawab...

ADAKAH anda seorang yang pintar matematik atau mempunyai kebolehan berfikiran secara logik?Haa, mari...

400 Hilang Tempat Tinggal,...

SANDAKAN: Kira-kira 400 orang tinggal sehelai sepinggang apabila 90 rumah musnah dalam kebakaran...

Tiada Keperluan Siasat Ambiga, Marina – Azmin

SHAH ALAM – Tiada keperluan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan terhadap mereka yang terlibat dalam perhimpunan aman, Ahad lalu sekiranya ia dijalankan mengikut saluran undang-undang.

Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, demonstrasi secara aman itu adalah sebahagian hak rakyat untuk menyatakan pandangan selari dengan semangat demokrasi.

Justeru, beliau menggesa PDRM untuk menggugurkan siasatan terhadap aktivis, Datuk S Ambiga dan Datin Marina Mahathir berhubung pembabitan dua individu berkenaan dalam demonstrasi berkenaan.

“Rakyat Malaysia berhak untuk membantah atau menyatakan pandangan mereka secara aman kerana ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Demokrasi membenarkan perbezaan pandangan yang bermaksud orang awam bebas untuk melontarkan suara mereka secara aman tanpa mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam.

“Oleh itu, saya menggesa pihak berkuasa supaya tidak menekan mana-mana pihak yang terbabit dalam perhimpunan aman itu disiasat polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamed Azmin berkata, situasi politik negara sepanjang minggu lalu mengundang pelbagai pandangan dan keadaan itu tidak perlu menyebabkan mana-mana pihak menjadi terlalu sensitif.


Beliau berkata, ini kerana perbezaan pandangan termasuk dalam hal berkaitan politik adalah sangat penting atas semangat demokrasi yang sihat.

“Namun saya juga ingin menyebut sekali lagi mengenai kenyataan daripada Ketua Polis Negara yang mahu pihak penganjur menghormati undang-undang dan memberi notis awal untuk mengadakan perhimpunan di bawah peruntukan Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Saya percaya bahawa rakyat Malaysia matang dan bertanggungjawab dalam tindakan mereka,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan Ambiga dan Marina disiasat susulan pembabitan mereka dalam perhimpunan ‘Selamatkan Malaysia’ yang berlangsung dari hadapan kompleks beli belah Sogo ke Dataran Merdeka di sini.

Demonstrasi itu diadakan bagi membantah pelantikan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, selepas seminggu krisis politik melanda negara. – Sinar Harian

Kategori