Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Operasi Banteras Penjualan Telur...

SANDAKAN – Jabatan Hidupan Liar serius dalam membanteras penjualan telur penyu secara haram...

Zelensky Gesa China Bantu...

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mahu mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari China,...

Pelajar Tingkatan 3 Tanggung...

KUALA TERENGGANU - Malang berganda! Seorang remaja berusia 15 tahun bukan sahaja terpaksa...

Pokemon Go: ‘Ustaz Segera’...

MELAKA - Masyarakat terutamanya umat Islam dinasihat menghormati pandangan mufti dan institusi berkaitan...

Tiada Isu Lulus Peruntukan RM50,000 Sekolah Di Kimanis

KIMANIS – Pengumuman peruntukan RM50,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongawan ll dekat sini semalam, bagi menaik taraf kemudahan sekolah tidak perlu dijadikan isu, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi.

Beliau berkata, pengumumannya pada majlis perasmian Jelajah Cuti Cuti Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) di sekolah itu adalah susulan permohonan bantuan secara terbuka daripada Pegawai Daerah Papar Ghulam Rasul Hapil bagi membaiki kemudahan di SMK Bongawan II.

“Peruntukan RM50,000 diumumkan ini bukan boleh dapat hari ini, saya dengan jelas meminta pengetua (sekolah) tulis dan hantar surat dan saya akan luluskan peruntukan.

“Ia satu peruntukan menteri. Saya tidak lihat apa-apa masalah kami berikan bantuan kepada sekolah, untuk pelajar dan mereka masih tidak boleh mengundi,” katanya pada sidang media selepas perasmian Jelajah Cuti Cuti Malaysia VM2020, lewat malam tadi.

Dalam pada itu, beliau percaya perkara itu tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana peruntukan itu hanya untuk sekolah, bukan membeli undi.


“Kita berasa simpati dengan keperluan sekolah seperti dewan dan padang yang perlu ditambah baik. Sekolah ini untuk anak-anak belajar. Ini yang kita beri keutamaan, bukan kepada pengundi,” katanya, selain berharap bantuan itu tidak disalahertikan.

PRK Parlimen Kimanis pada 18 Januari ini, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Warisan Karim Bujang dan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin.

Parlimen Kimanis mempunyai 2 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Bongawan dan Membakut.

Kategori