Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Bossku’ Tawan Tesco Senawang...

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus mendapat perhatian rakyat apabila...

“Keamanan Tidak Datang Dari...

BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari...

‘Abam Peah’ Sedekah Petrol...

APA yang dilakukan mungkin nampak kecil, namun besar maknanya buat golongan yang benar-benar...

Waytha Moorty: Desakan Undur...

KEMAMAN - Sebanyak 10 lapuran polis dibuat hari ini oleh anggota Pergerakan Wanita...

Tiada Hasrat Laksana Perintah Berkurung Remaja Buat Masa Ini

KUALA LUMPUR- Kerajaan tidak berhasrat untuk menetapkan larangan keluar malam atau perintah berkurung bagi kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun buat masa ini, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata ini kerana masih terdapat aktiviti berfaedah yang dilaksanakan melibatkan remaja bawah umur pada waktu malam.

“Antaranya kelas tuisyen, aktiviti kemahiran serta penganjuran solat hajat dan qiamullail.

“Namun, menjadi tanggungjawab ibu bapa dan pemimpin tempatan untuk memainkan peranan memastikan remaja bawah umur ini tidak terlibat dengan aktiviti tidak sihat pada setiap masa,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Asmak Husin yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang mengadakan perintah berkurung bagi remaja untuk mengurangkan kadar jenayah melibatkan mereka.


Yeoh berkata langkah pertama ke arah menangani isu ini ialah ibu bapa perlu mengakui wujudnya masalah dalam mengawasi dan mengawal anak-anak remaja mereka.

“Dalam kes-kes tertentu, ibu bapa atau penjaga boleh juga membuat permohonan bertulis kepada mahkamah untuk intervensi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Seksyen 46 Akta Kanak-Kanak 2001.

“Peranan dan tanggungjawab ini juga boleh dilaksanakan melalui penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan, pihak polis atau komuniti dalam memastikan aktiviti tidak sihat ini tidak dilakukan secara berleluasa oleh para remaja,” katanya. – BERNAMA

Kategori